Telefilem Mr Maid Suami Ibu Di TV3

Saksikan telefilem Mr Maid Suami Ibu yang akan menemui penonton semula pada 16 Ogos 2025, hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan arahan Nizam Zakaria, nukilan skrip daripada Izzaty Amani Syazwani dengan terbitan syarikat produksi White Merpati Entertainment Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 16 Ogos 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Izzaty Amani Syazwani
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : White Merpati Entertainment Sdn. Bhd.

Mr Maid Suami Ibu

OST Telefilem

Tajuk Lagu : Ku Jatuh Cinta
Penyanyi : Anuar Ariffin
Komposer : Boyrazak
Lirik : Boyrazak

Barisan Pelakon & Watak

Berikut antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Izzue Islam, Aishah Illias, Iman Rifqi, Khaty Azian, Faye Kusairi, Adam Lee, Yaya Zahir dan ramai lagi.

  • Izzue Islam sebagai Hadi
  • Aishah Illias sebagai Myazara
  • Iman Rifqi sebagai Arjuna
  • Khaty Azian sebagai Tok Wan
  • Faye Kusairi sebagai Dahlia
  • Adam Lee sebagai Adli
  • Yaya Zahir sebagai Zita

Sinopsis Telefilem Mr Maid Suami Ibu

Telefilem Mr Maid Suami Ibu mengisahkan tentang Myazara iaitu ibu tunggal kepada Arjuna Hakim. Memandangkan kerjaya Myazara sibuk, Arjuna merasa ibunya tidak menyayanginya dan lebih mementingkan kerjaya.

Advertisements

Arjuna rapat dengan seorang pelatih senamrobik di taman perumahan tempat tinggalnya, iaitu Uncle Hadi. Arjuna selesa berkongsi masalah yang dihadapi kepada Uncle Hadi termasuklah menganai ibunya.

Apabila Hadi berjumpa dengan Myazara untuk tujuan menasihatinya, Myazara ego dan bertindak menjauhkan Arjuna dari Hadi. Arjuna merajuk. Dia meletakkan syarat supaya dia bersifat baik sekiranya dijaga oleh pembantu rumah pilihannya.

Leave a Comment