Table Of Content
Saksikan semula telefilem Parasit yang akan menemui penonton pada 12 Julai 2025, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Tayangan Asal : 2014
Siaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 12 Julai 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Barisan Pelakon
Antara nama-nama yang membintangi telefilem ini seperti Riezman Khuzaimi, Rita Rudaini, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila, Puteri Balqis dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Riezman Khuzaimi sebagai Firdau
- Rita Rudaini sebagai Atirah
- Syazwan Zulkifli sebagai Badri
- Wan Sharmila sebagai Azie
- Puteri Balqis sebagai Badrisya
Sinopsis Telefilem Parasit
Telefilem Parasit bermula dengan kisah ketegangan hubungan pasangan suami isteri, Atirah dan Firdaus apabila Azie enggan membenarkan Atirah menamakan bayi yang baru dilahirkannya dengan nama Nur Fatihah.
Azie yang kononnya sudah tidak dipedulikan suami pada mulanya bersetuju untuk menyerahkan bayinya sebagai anak angkat kepada Atirah dan Firdaus yang tidak mempunyai anak selepas 10 tahun berkahwin.
Namun, kemunculan semula suami Azie iaitu Badri mengubah keadaan. Termasuk perangai Azie yang pada mulanya nampak baik mahu dilayan seperti permaisuri termasuk cuba menggoda Firdaus.