Telefilem Pilihan Rozana Di TV3

Jangan lupa saksikan telefielm Pilihan Rozana yang akan menemui penonton semula pada 9 Ogos 2025, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan arahan Azhar Khalid, nukilan skrip daripada Ahmad Peerbux dan diterbitkan oleh syarikat produksi Timore Niaga Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2014
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 9 Ogos 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Ahmad Peerbux
Pengarah : Azhar Khalid
Produksi : Timore Niaga Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nur Risteena, Ikhwan Khairuddin, Norman Hakim, Shaharudin Thamby, Siti Elizad, Adrea Abdullah dan ramai lagi.

  • Nur Risteena sebagai Rozana
  • Ikhwan Khairuddin sebagai Asyraf
  • Norman Hakim sebagai Salleh
  • Siti Elizad sebagai Suraya
  • Shaharudin Thamby sebagai Aziz
  • Adrea Abdullah sebagai Rosita

Sinopsis Telefilem Pilihan Rozana

Telefilem Pilihan Rozana mengisahkan tentang Rozana menjalinkan hubungan sulit dengan Asyraf walaupun Rozana sudah berkahwin dengan Salleh. Asyraf meminta Rozana meninggalkan Salleh tetapi Rozana enggan.

Advertisements

Suatu hari, Salleh terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kejadian tersebut menyebabkan Rozana sedar akan dosa-dosanya kepada suaminya. Rozana insaf dan berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosanya.

Tetapi, bagaimana dengan Asyraf? Bagaimana pula dengan Salleh? Saksikan sendiri kesudahan telefilemini.

Leave a Comment