Telefilem Pintu Taubat Di TV3

Saksikan kembali telefilem Pintu Taubat yang akan menemui penonton pada 19 September 2025, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3. Juga tersedia secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2011 ini merupakan Rashid Sibir, penulisan skrip daripada panel skrip Rashbir Media yang juga merupakan syarikat produksi bagi penghasilan karya ini.

Tayangan Asal : 2011
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 19 September 2025 (Jumaat)
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Panel Skrip Rashbir Media
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Rashbir Media Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Pintu Taubat seperti Nabila Huda, Amyza Adnan, Ako Mustapha, Rosnah Mat Aris, Dato’ Ahmad Tarmizi Saregar, Azean Irdawaty, Zila Bakarin dan banayk lagi.

Advertisements
  • Nabila Huda sebagai Nur
  • Roslan Salleh sebagai Ayah
  • Amyza Adnan sebagai Angah
  • Ako Mustapha sebagai Along
  • Rosnah Mat Aris sebagai Mak Lang
  • Azean Irdawaty sebagai Mariam
  • Zila Bakarin sebagai Salbiah

Sinopsis Telefilem Pintu Taubat

Sebuah keluarga miskin mempunyai tiga anak cacat – Along terencat akal, Angah lumpuh sebelah badan dan berparut, manakala Adik tempang tetapi cantik. Adik sering malu dengan keluarganya. Ketika dirisik orang, dia tidak mahu Along dan Angah hadir kerana bimbang bakal keluarga tahu keadaan sebenar.

Namun, pada hari pertunangan, Angah dan Along muncul hingga majlis terbatal. Adik marah lalu berpindah ke rumah Mak Lang yang memperkenalkannya kepada duda kaya bernama Sani. Selepas berkahwin, Adik ditipu kerana Sani sudah ada dua isteri. Hidupnya derita, manakala keluarga semakin musnah akibat rancangan busuk Mak Lang.