Telefilem Pontianak 100Kg Di TV3 (Cerekarama)

Pada awalnya ditayangkan secara striming di Tonton, kini telefilem Pontianak 100kg akan menemui penonton semula menerusi slot Cerekarama di TV3 iaitu pada 24 Ogos 2024, hari Sabtu.

Telefilem seram komedi ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, nukilan skrip daripada panel MIG sendiri dan diterbitkan oleh syarikat produksi MIG Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 24 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 pm
Skrip : Panel Skrip MIG
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalama telefilem Pontianak 100kg seperti Aya Amiruddin, Wanns Ahmad, Mathni Razak, Mark Adam, Kazar Saisi, Ady Mohammad, Afifah Nasir dan ramai lagi.

  • Amy Amiruddin sebagai Melati/Pontianak
  • Mathni Razak sebagai Dharma
  • Kazar Saisi sebagai Pak Bayang
  • Mark Adam sebagai Salleh
  • Wanns Ahmad sebagai Malik
  • Ady Mohammad sebagai Jibam
  • Afifah Nasir sebagai Mewangi

Sinopsis Telefilem Pontianak 100Kg

Telefilem Pontianak 100kg mengisahkan tentang Melati iaitu gadis cantik yang suka makan. Melati didapati mati dalam keadaan dia sedang berlapar kerana ibunya menghabiskan makanan kegemarannya iaitu Telur Ikan Parang.

Melati berubah menjadi pontianak yang mengganggu penduduk kampung dengan memakan makanan yang mereka ada tanpa fikirkan orang lain. Apa yang mengejutkan, Melati menjadi pontianak seberat 100KG.

Advertisements

Penduduk kampung yang diketuai oleh Pak Bayang buntu dalam menyelesaikan isu ini. Manakan tidaknya, pemuda-pemuda kampung yang lain seperti Dharma, Salleh langusng tidak membantu. Mereka tidak menyumbangkan idea bagi permasalahan ini.

Pelbagai cara dan usaha telah dibuat bagi membendung masalah pontianak yang menghantui penduduk kampung tetapi masih tidak berjaya. Sehinggalah datang idea daripada Jibam yang mampu menyelesaikan masalah ini.

Walaupunbegitu, timbul pula konflik lain. Nak tahu apa masalah tersebut? Adakah idea yang dibawa oleh Jibam itu berkesan? Kena saksikan Pontianak 100Kg.

Leave a Comment