Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Rava Tosai yang akan menemui penonton semula pada 18 Oktober 2025, hari Sabtu menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.
Telefilem khas yang dibawakan sempena Deepavali ini merupakan arahan pengarah hebat, Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh syarikat produksi Quira One Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 18 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Quira One Production Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Kalpana Shree, Ramasundram, Ramesh, Amyza Adnan, Joey Daud dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Kalpana Shree sebagai Preeti
- Ramesh sebagai Ravi
- Amyza Adnan sebagai Fatimah

Sinopsis Telefilem Rava Tosai
Telefilem Rava Tosai mengisahkan tentang pasangan Ravi dan Preeti yang hidup bahagia walaupun sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga tanpa dikurniakan zuriat. Namun, kebahagiaan mereka mula tergugat apabila ibu Ravi, Kenchana, mula mencampuri urusan rumah tangga anaknya.
Kenchana mendesak Ravi untuk berkahwin lagi dengan alasan dia ingin menimang cucu pertama sebelum menutup mata. Ravi yang tidak sanggup melukai hati isterinya berusaha mencari jalan agar mereka dapat memiliki anak sendiri.
Dalam usaha itu, Preeti mula meminta bantuan jirannya, Fatimah, untuk berkongsi petua mendapatkan zuriat. Fatimah dengan sabar membantu Preeti dalam pelbagai cara, namun usaha mereka masih belum berhasil.
Keakraban antara Preeti dan Fatimah akhirnya menimbulkan rasa tidak senang di hati Kenchana. Dia mula berasa cemburu dan tersisih kerana menantunya lebih rapat dengan jiran berbanding dirinya sendiri.
Rasa kecil hati itu membuat Kenchana mengadu kepada Ravi tentang perasaannya. Namun, Ravi menganggap perkara itu remeh dan tidak perlu diperbesarkan, menyebabkan ibunya semakin terasa hati.





