Telefilem Rengkat Di TV3

Saksikan telefilem Rengkat yang akan ditayangkan semula pada 8 Februari 2026, bersiaran pada hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd, diarahkan oleh Heykal Hanifah, dengan nukilan skrip daripada Farhana Fauri.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 8 Februari 2026 (Ahad)
Masa : 9.00 PM
Penulisan Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Telefilem ini menampilkan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Adik Nur Indah Emeerlda, Asry Azizan, Kamal Ibrahim, Faezah Elai, Noraini Atan dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagai Rais
  • Aprena Manrose sebagai Yani
  • Syazwan Zulkifly sebagai Bard
  • Adik Nur Indah Emeerlda sebagai Indah
Telefilem Rengkat

Sinopsis Telefilem Rengkat

Rengkat mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Rais dan Yani yang hidup dalam serba sederhana. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Indah yang rengkat (tempang) akibat daripda kemalangan semasa kecil.

Advertisements

Suatu hari Rais diberhentikan kerja secara mengejut kerana dituduh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Rais buntu memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk menampung keluarganya. 

Perkenalan yang tidak disengajakan dengan Bard telah mengubah hidup Rais. Tanpa pengetahuan Yani, Rais telah mengikut Bard untuk meragut demi mendapatkan duit. Indah yang juga bisu tahu mengenai aktiviti ayahnya dan cuba untuk membantu ayahnya supaya berhenti daripada meragut. 

Tanpa pengetahuan Rais, Bard sebenarnya telah merancang segala-galanya kerana mahu membalas dendam terhadap Rais yang pernah membulinya dulu semasa kecil sehingga menyebabkan dia rengkat.

Bard telah meragut beg Yani dan menyebabkan Indah dilanggar kereta. Rais menyesal dengan perbuatannya dan mula kesal dengan segala tindakannya selama ini.