Telefilem Rentak Dua Hati Di TV3

Sempena 41 Tahun bersiaran, TV3 bawakan telefilem khas berjudul Rentak Dua Hati yang akan menemui penonton pada 5 Julai 2025, hari Sabtu menerusi slot Cerekarama di TV3 serta secara striming di Tonton.

Lebih menarik lagi, akan ada 4 telefilem khas dibawa projek Dari Layar Ke Lensa dimana mengetengahkan individu yang sebelum ini bergerak sebagai pelakon dan kini sebagai pengarah untuk drama sulung mereka.

Mereka adalah terdiri daripada Janna Nick, Zahiril Adzim, Fattah Amin dan Siti Saleha. Jadi untuk Rentak Dua Hati akan membuka tirai projek ini yang mana ianya diarahkan oleh pelakon jelita, Siti Saleha.

Tayangan : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 5 Julai 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Pengarah : Siti Saleha
Produksi : TV3

rentak dua hati

Pelakon

Berikut merupakan antara pelakon-pelakon yang membarisi telefilem ini seperti Auni Yusri, Zhen Ning, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Auni Yusri sebagai Adila
  • Zhen Ning sebagai Fabian
  • Khatijah Tan sebagai Nek

Sinopsis Telefilem Rentak Dua Hati

Telefilem Rentak Dua Hati mengisahkan Adila iaitu seorang peguam sivil junior yang menjalani kehidupan sebagai DJ malam secara tertutup. Perkenalannya dengan Fabian, seorang lelaki berbangsa Cina, membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Advertisements

Namun segalanya berubah apabila identitinya terbongkar oleh kakak Fabian yang tidak merestui hubungan mereka. Dihimpit kecaman netizen dan tekanan keluarga, Adila berdepan dilema antara prinsip, cinta serta minatnya, dan harus membuat keputusan untuk masa depannya.

Sumber : kongsilah.my

Leave a Comment