Telefilem Romeo Vs Juliet Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Romeo Vs Juliet yang akan menemui penonton semula pada 16 Disember 2024, hari Isnin, pukul 9.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di Tonton.

Telemovie asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Nizam Zakaria, nukilan skrip daripada Tommy Loh bersama Puovin dan diterbitkan oleh produksi Aquila Emas Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Masa : 9.30 malam
Penulis Skrip : Tommy Loh & Puovin
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Aquila Emas

Pelakon & Watak

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Fahad Iman, Haris Zainuddin, Eyka Farhana, Ixora Roselle, Keddy Mahdfuz, Farish Aziz, Enn Xaviera, Mary Raise dan ramai lagi.

  • Fahad Iman sebagai Haikal
  • Haris Zainuddin sebagai Irwan
  • Eyka Farhana sebagai Julie
  • Ixora Roselle sebagai Ila
  • Keddy Mahdfuz sebagai Zack
  • Farish Aziz sebagai Bos Julie

Sinopsis Telefilem Romeo Vs Juliet

Telefilem Romeo vs Juliet mengisahkan tentang Haikal & Imran merupakan jiran kepada Julie & Yasmin. Walaupun tinggal berdekatan dan mungkin pernah berselisih atau mendengar perbualan, tetapi mereka tidak pernah mengenali satu sama lain.

Julia dan Yasmine selalu berasa curiga dengan jiran mereka kerana merasakan mereka mungkin pengedar dadah dan mak nyah.

Advertisements

Julie sering ke butik, dimana Imran berkerja tanpa mengetahui mereka hidup berjiran. Imran yang sering ke kelas agama tertarik dengan Yasmin dan mula menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka.

Julie yang ditimpa kemalangan dibawa ke hospital dan dirawat oleh Haikal tanpa menyedari mereka berjiran. Dari sinilah juga terbit putik cinta.

Satu hari Julie & Yasmine melaporkan kepada polis tentang aktiviti jiran mereka. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui sebenarnya jiran mereka adalah kekasih mereka sendiri.

Leave a Comment