Jangan lupa saksikan telefilem Rumah Menanti Cahaya yang akan bersiaran pada 14 Disember 2025, hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem hebat karya Sharad Sharan ini bakal menampilkan gandingan pelakon daripada dua negara serumpun Malaysia dan Indonesia untuk tontonan ramai.
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 14 Disember 2025 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Sharad Sharan

Barisan Pelakon & Watak
Telefilem ini menampilkan pelakon seperti Daiyan Trisha, Zarif Ghazzi, Mathias Muchus, Eldania Zahra, M Aditya Zoni, Djihan Ranti, Shanice Margaretha Lie, Diego Afisyah dan ramai lagi.
- Daiyan Trisha sebagai Mira
- Zarif Ghazzi sebagai Dr. Daniel
- Diego Afisyah sebagai Arman
- Mathias Muchus sebagai Pak Ahmad
- M. Aditya Zon sebagai Ian
- Djihan Ranti sebagai Putri
- Shanice Margaretha Lie sebagai Sita
Sinopsis Telefilem Rumah Menanti Cahaya
Telefilem Rumah Menanti Cahaya mengisahkan tentang Mira iaitu seorang wanita dari Malaysia yang kehilangan suami tercinta, Arman, sejurus selepas mereka melangkah ke alam perkahwinan.
Tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Arman membawa Mira ke Jakarta, ke rumah keluarga suaminya yang belum pernah dikenalinya.
Kehadiran Mira bukan sahaja mengejutkan, malah mengundang konflik apabila statusnya sebagai isteri Arman yang dinikahi secara rahsia terbongkar.
Rumah yang sepatutnya menjadi tempat berteduh bertukar menjadi medan emosi, dipenuhi kecurigaan, kemarahan dan penolakan daripada ahli keluarga yang masih dibelenggu kesedihan.
Berhadapan dengan suasana dingin dan penuh tekanan, Mira cuba bertahan sambil mencari ruang untuk diterima. Dalam proses itu, rahsia lama keluarga mula tersingkap, membuka luka yang sekian lama terpendam.
Ketika dirinya semakin terasa terasing, sokongan daripada Dr Daniel memberi sedikit kelegaan dan kekuatan buat Mira untuk terus berdiri.
Telefilem ini menyelami perjalanan seorang wanita yang terperangkap antara duka, penolakan dan harapan, sambil mempersoalkan sama ada sebuah keluarga yang dilanda kehilangan mampu menemukan semula erti penerimaan dan pengampunan.
Sumber : kongsilah.my





