Telefilem Sakanak Di TV3 (Cerekarama)

Hujung minggu anda akan disajikan kembali dengan sebuah telefilem seram berjudul Sakanak yang akan menemui penonton pada 29 Jun 2024 menerusi slot Cerekarama di TV3.

Sebuah telefilem yang diadaptasi dari kisah benar dan pernah hebat diperkatakan pada tayangan asalnya tahun 2022 yang lalu dan kini TV3 akan bawakan kembali ke kaca tv.

sakanak

Sinopsis Telefilem Sakanak

Telefilem Sakanak mengisahkan kehidupan Sarah yang sering keguguran anak sehingga buat kali ketujuh.

Sarah dan suaminya Kamal kecewa impian untuk memiliki anak sejak berkahwin 4 tahun lalu berkecai. Setiap kali kandungannya mencecah 4 bulan, Sarah akan mengalami pendarahan.

Sara dihantui penampakkan nenek kebayan pada setiap kali Sara hamil hinggakan anak dalam kandungannya hilang dimakan nenek kebayan misteri itu.

Suaminya Kamal dan adiknya Maya berusaha melindungi Sara dari dihantui kelibat yang bergentayangan itu. Apakah yang terjadi sebenarnya?

Advertisements

Pelakon Dan Watak

Telefilem ini menampilkan barisan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Farid Kamil, Fify Azmi, Chem Ammar, Sherry Aljeffri, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar, Che Mat Raja Lawak, Anuar Paharudin, Roslinawati dan ramai lagi.

  • Tiz Zaqyah sebagai Azmi
  • Farid Kamil sebagai Rozie
  • Fify Azmi sebagai Mira
  • Chem Ammar sebagai Daniel
  • Sherry Aljeffri sebagai Nenek Kebayan
  • Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar sebagai Ustaz Hisham
  • Che Mat Raja Lawak sebagai Bomoh

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan sutradara Emi Suffian, nukilan skrip dariapda Kent Tan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Watak Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Sakanak yang akan bersiaran pada 29 Jun 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment