Telefilem Sehelai Selendang Putih Di TV3 (Cerekarama)

Hujung minggu nanti nak layan tv, tapi tak tahu nak tengok cerita apa? Boleh saksikan telefilem Sehelai Selendang Putih di saluran TV3.

Sebuah telefilem mengisahkan bagaimana kehidupan poligami yang tidak boleh diterima oleh si isteri, tetapi akhinya mengetahui perkara sebenar disebalik isu tersebut.

sehelai selendang putih

Sinopsis Telefilem Sehelai Selendang Putih

Telefilem Sehelai Selendang Putih mengisahkan tentang Zahra yang tidak dapat menerima kenyataan apabila dia dimadukan kerana dia merasakan dia sudah cukup sempurna, cantik dan mempunyai pendapatan sendiri selaku pengasas produk kecantikan.

Zahra menyimpan dendam kepada suaminya, Anuar dan madunya, Aisyah hingga dia sanggup membiarkan dua orang anaknya merindui ayah mereka.

Namun segalanya berubah apabila dia mengetahui yang Aisyah menghidap kanser tahap 4. Walaupun pada mulanya dia sukar menerima kehadiran Aisyah, namun hatinya berubah dan nekad untuk menjaga Aisyah hingga ke akhir hayat.

Pelakon Dan Watak

Telefilem Sehelai Selendang Putih menampilkan lakonan daripada Fahrin Ahmad, Siti Elizad, Nad Zainal, Ika Nabella, Nur Hanani, Faiz Fathullah, Norasyikin, Aini, Badrul dan ramai lagi.

Advertisements
  • Fahrin Ahmad sebagai Anuar
  • Siti Elizad sebagai Zahra
  • Nad Zainal sebagai Aisyah
  • Ika Nabella sebagai Anisa
  • Nur Hanani sebagai Amira

Produksi & Pengarah

Telefielm yang asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Jet Li, nukilan skrip dan idea asal daripada Atie Hayati serta diterbitkan oleh produksi ZK Creative Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk tonton telefilem Sehelai Selendang Putih yang akan menemui penonton pada 8 Jun 2024, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau secara online di Tonton.

Leave a Comment