Telefilem Sesalan Terakhir Di TV9

Malam ini, akan dibawakan kembali telefilem Sesalan Terakhir dimana akan disiarkan menerusi slot Skrin Di 9 di saluran TV9 untuk tontonan ramai.

Sebuah telefilem yang sarat dengan pengajaran kehidupan ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sara Ali, Jasmin Hamid, Faizal Hussein dan ramai lagi.

sesalan terakhir

Sinopsis Telefilem Sesalan Terakhir

Telefilem Sesalan Terakhir mengisahkan tentang Natasha yang merupakan seorang anak tidak sah taraf. Hidupnya tidak seperti orang lain yang lebih sempurna.

Dia dipinggirkan orang kampung kerana sikap ibunya, Auni, yang sering menjalinkan hubungan dengan lelaki kaya kerana ingin memiliki kekayaan. Puas Natasha menasihati ibunya supaya kembali ke jalan yang benar.

Natasha rapat dengan Ali. Ali juga yang menjadi tempat dia meluahkan perasaan. Selepas neneknya meninggak dunia, Natasha dan ibunya terpaksa keluar dari rumah itu kerana bapa saudaranya ingin menjual rumah tersebut.

Dengan bantuan Ali, Natasha dan ibunya berhijrah ke Kuantan. Natasha bekerja di hotel yang sama dengan Ali.

Bermula sejarah silam apabila ibunya berkahwin dengan pengurus di hotel itu. Namun tidak seindah yang disangkakan, Natasha telah dirogol oleh bapa tirinya yang sebenarnya merupakan pengedar dadah terbesar.

Advertisements

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat seperti Sara Ali, Jasmin Hamid, Hafiz Nolan, Faizal Hussein, Nor Azifah, Yus Waisar, Dato’ Jurey Latiff, Moon Ramlee, Maizatul dan ramai lagi.

  • Sara Ali sebagai Natasha
  • Jasmin Hamid sebagai Auni
  • Hafiz Nolan sebagai Ali
  • Faizal Hussein sebagai Tarmizi
  • Nor Azifah sebagai Maktok
  • Yus Waisar sebagai Wahid
  • Dato’ Jurey Latiff sebagai Taiko
  • Moon Ramlee sebagai Aizat

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Dato’ Jurey Latiff Rosli, nukilan skrip bersama daripada Adza Emie dan N. E. Rossy serta diterbitkan oleh produksi Kembara Sufi Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Sesalan Terakhir yang akan menemui penonton semula pada 13 Mei 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment