Telefilem Simpang Sejenak Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Simpang Sejenak yang akan menemui penonton semula pada 16 Ogos 2024, hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem seram yang asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler), nukilan skrip daripada Sofia J. Rhyland dan diterbitkan oleh syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 16 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : Sofia J. Rhyland
Pengarah : Mohd Latiff Zami
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak Lakonan

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Syazwan Zulkifly, Azira Shafinaz, Azri Iskandar, Ellie Suriaty, Raysha Rizrose, Duerra Mitilda, Raja Hakim DFKL, Zazly Baginda, Talha Harith, Nisa Rissa dan ramai lagi.

  • Syazwan Zulkifly sebagai Hanif
  • Azira Shafinaz sebagai Manis
  • Raysha Rizrose sebagai Iza
  • Azri Iskandar sebagai Wan Usin
  • Ellie Suriaty sebagai Anom
  • Duerra Mitilda sebagai Tisya

Sinopsis Telefilem Simpang Sejenak

Telefilem Simpang Sejenak mengisahkan tentang Hanif iaitu seorang pemandu kereta sewa di sekitar Johor. Ianya bermula apabila Usin meminta bantuan Hanif untuk menjemputkan di Batu Pahat.

Advertisements

Dalam perjalanan tersebut, Hanif terserempak dengan seorang wanita misteri bernama Manis. Dia meminta bantuan Hanif untuk hantarkannya pulang ke rumah. Lalu Hanif sedia menawarkan diri untuk menghantarnya.

Setelah peristiwa tersebut, Hanif dilaporkan hilang beberapa hari sehinggalah berjaya ditemukan. Sejak dari itu juga, Hanif telah mengabaikan isteri dan keluarganya dan hanya terbayang-bayangkan Manis sahaja.

Leave a Comment