Telefilem Terhentinya Doa Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Terhentinya Doa yang akan bersiaran semula pada 20 Disember 2025, hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Azman Yahya, nukilan skrip daripada Rehal Nuharis dan diterbitkan oleh syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 20 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Terhentinya Doa

Barisan Pelakon

Telefilem Terhentinya Doa menampilkan barisan pelakon seperti Normah Damanhuri, Saharul Ridzwan, Azri Iskandar, Ozlyn, Sheila Rusly, Raja Hakim, Niena Baharun, Arif Aziz, Hjh Zaiton dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Normah Damanhuri sebagai Nek Wan
  • Saharul Ridzwan sebagai Wafie
  • Azri Iskandar sebagai Razali
  • Ozlyn sebagai Rosie
  • Sheila Rusly sebagai Aini
  • Raja Hakim sebagai Rafael
  • Niena Baharun sebagai Anis

Sinopsis Telefilem Terhentinya Doa

Telefilem Terhentinya Doa mengisahkan tentang Nek Wan yang berhidup sendirian di kampung yang mana telah disahkan mengidap virus chikugunya ketika menoreh getah. Dalam masa sama, Wafie yang pulang dari luar negara terkejut dengan berita tentang kesihatan Nek Wannya tersebut.

Konflik bermula apabila dua orang anak Nek Wan iaitu Razali dan Rosie bertengkar tentang siapa yang akan menjaganya. Selama berada di kampung, Wafie mendengar macam-macam cerita tentang keluarganya.

Setelah kesihatan Nek Wan kembali pulih, Wafie cuba mengubah keluarganya supaya selalu pulang ke kampung menjenguk Nek Wan dan selesaikan segala permusuhan.