Telefilem Terima Kasih Ibu Di TV3

Saksikan semula telefilem Terima Kasih Ibu yang akan menemui penonton pada hujung minggu ini (9 Ogos 2025), Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem pada awalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Fairuz Loy, nukilan skrip daripada Shah Rizal Mashur dan diterbitkan oleh syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd.

Tayangan Awal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 9 Ogos 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Shah Rizal Mashur
Pengarah : Fairuz Loy
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nafiz Muaz, Sherie Merlis, Nad Zainal, Azhan Rani, Firdaus Ghufran, Idham Maulana, Adam Corrie dan ramai lagi.

  • Nafiz Muaz sebagai Nil Jibril Mikail
  • Sherie Merlis sebagai Puan Zaitun
  • Nad Zainal sebagai Tatie
  • Azhan Rani sebagai Cikgu Malik
  • Firdaus Ghufran sebagai Kimi
  • Idham Maulana sebagai Khai
  • Adam Corrie sebagai Brahim
Telefilem Terima Kasih Ibu

Sinopsis Telefilem Terima Kasih Ibu

Telefilem Terima Kasih Ibu mengisahkan tentang seorang remaja bernama Nil Jibril yang mana dia merupakan seorang pelajar bermasalah. Lebih teruk lagi, ibunya Zaitun pula amat membantah perbuatan  guru yang menghukum kesalahan anaknya itu. 

Advertisements

Situasi bertambah buruk apabila Nil Jibril telah memukuI rakan sekolahnya dengan teruk sekaligus mengakibatkan dia dimasukkan ke sekolah juvana. Setelah keluar dari sekolah juvana, Nil Jibril terjebak pula dengan jenayah baru sehingga dimasukkan ke penjara. 

Ketika ini, Nil mula menyesali segala perbuatan buruknya. Namun semuanya sudah terlambat apabila Nil dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Zaitun juga terpaksa menerima hakikat bahawa semua masalah ini berpunca dari sikapnya yang suka menyebelahi Nil apabila remaja itu melakukan masalah.

Leave a Comment