Telemovie Pintu Lain Ke Syurga Di TV3

Saksikan telefilem Pintu Lain Ke Syurga yang akan menemui penonton semula pada 5 Julai 2024, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga striming secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan arahan Dato’ A. Tamimi Siregar, nukilan skrip daripada A. Wahid Nasir dan diterbitkan oleh syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2014
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 5 Julai 2024 (Jumaat)
Penuli Skrip : A. Wahid Nasir
Pengarah : Dato’ A. Tamimi Siregar
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

pintu lain ke syurga

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon utama dalam telefilem ini ialah Remy Ishak, Fizz Fairuz, Aida Khalida, Dato’ A Tamimi Siregar, Amyza Adnan, Leez Rosli, Fatin Erna, Megat Terawis, Noramisah Abdullah, Khairunizam Ghazali dan ramai lagi.

Advertisements
  • Remy Ishak sebagai Harris
  • Fizz Fairuz sebagai Nasir
  • Aida Khalida sebagai Fauziah
  • Dato’ A Tamimi Siregar sebagai Tuan Jalal
  • Amyza Adnan sebagai Odah
  • Leez Rosli sebagai Suri

Sinopsis Telefilem Pintu Lain Ke Syurga

Telemovie Pintu Lain Ke Syurga mengisahkan tentang Haris yang dibebaskan dari penjara atas kesalahan menagih dadah. Dia tidak pulang ke kampung kerana tidak mahu berdepan dengan ayahnya.

Penduduk kampung memandang serong terhadapnya. Tanpa pengetahuan Haris, ayahnya telah lama tiada. Keluarganya masih menerima kehadirannya tetapi tidak bagi abang iparnya kerana merasa terbeban dengan tugas sebagai ketua keluarga dengan kehadiran Haris.

Leave a Comment