Telemovie Purnama Di TV9

Saksikan telefilem Purnama yang akan menemui penonton semula pada 26 Ogos 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 sempena bulan Kemerdekaan ini merupakan arahan Latiff Zami, nukilan skrip daripada Syed Mohamad Taufik dan diterbitkan oleh produksi Country & Universal Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 26 Ogos 2024 (Isnin)
Masa : 8.30 malam
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik
Pengarah : Latiff Zami
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Remy Ishak, Azhan Rani, Eira Syazira, Kodi Rasheed, Zulkifli Ismail, Farid Amirul, Nadieya Zulkifli, Zainol Ismail dan ramai lagi.

  • Remy Ishak sebagai Purnama
  • Eira Syazira sebagai Aminah
  • Azhan Rani sebagai Yamin
  • Zulkifli Ismail sebagai Haji Che Lah
  • Nadieya Zulkifli sebagai Anum

Sinopsis Telefilem Purnama

Telefilem Purnama mengisahkan keadaan Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis selama 14 hari.

Kisah bermula selepas Anum menjadi saksi pertama melihat mayat kakaknya, Salmah digantung di sebatang pokok tidak jauh dari kampung berkenaan.

Sejak kejadian itu, Anum menjadi kurang waras manakala abang iparnya, Taib sangat marah. Taib tidak berpuas hati dan merancang untuk bertemu dengan pegawai Melayu meminta kemerdekaan kampung mereka.

Advertisements

Kejadian itu menyebabkan Ketua Kampung, Haji Che Lah mengisytiharkan darurat.

Sumber : aimanabdullah.com

Leave a Comment