Table Of Content
Hujung minggu anda akan disajikan kembali telefilem Telah Ku Ikhlaskan yang akan bersiaran pada 13 September 2025, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3.
Selain itu, anda juga boleh strim secara online menerusi platform Tonton https://watch.tonton.com.my atau menggunakan aplikasi mobile.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Raja Mukhriz, nukilan skrip daripada Siti Solehah dan diterbitkan oleh syarikat produksi Iris Integrated Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 13 September 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Kamaruddin
Produksi : Iris Integrated Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Zizan Nin, Izreen Azminda, Ramona Zam Zam, Rashidah Jaafar, Azliyuszaini, Oshin, adik Muhammad Darren dan ramai lagi.
- Zizan Nin sebagai Rashid
- Izreen Azminda sebagai Maizura
- Ramona Zam Zam sebagai Ramona
- Rashidah Jaafar sebagai Mak Melah
- Azliyuszaini sebagai Jamil
- Oshin sebagai Sheila
Sinopsis Telefilem Telah Ku Ikhlaskan
Telefilem Telah Ku Ikhlaskan mengisahkan tentang Rashid yang baru hilang pekerjaannya dan juga merupakan sumber rezeki keluarga. Rashid mempunyai seorang isteri bernama Maizura dan dua orang anak.
Jamil, menawarkan pekerjaan kepada Rashid sebagai pembantu restorannya di bandar yang membuatkan mereka sekeluarga tinggal berasingan.
Kehadiran seorang pekerja baharu bernama Suharti di restoran terbabit membuatkan Rashid yang sering pulang ke kampung kini telah berubah. Rashid semakin jarang ke pangkuan keluargannya apabila semakin rapat dengan Suharti.