Drama Boleh Saya Bantu 2 Di TV3

Selepas mendapat sambutan yang baik untuk musim pertama, kini mereka kembali untuk Boleh Saya Bantu 2 yang akan mula bersiaran pada 8 Ogos 2025 untuk hari Sabtu dan Jumaat, jam 9.00 malam di TV3 dan online Tonton.

Drama 20 episod yang ditayangkan di slot Lestary ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, nukilan skrip bersama daripada MF Kencana dan Azal Ezreen serta diterbitkan oleh syarikat produksi Tanah Beris Film Production

Episod : 20
Bersiaran : Slot Lestary TV3
Tarikh : 8 Ogos 2025 (Jumaat & Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Skrip : MF Kencana & Azal Ezreen
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

boleh saya bantu? 2

OST Drama

Tajuk : Eh Mari Tengok Tu
Artis : Andi bernadee
Komposer : Iqie Hugh, Aniq Iffat
Penulis Lirik : Iqie Hugh, Aniq Iffat

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi drama Boleh Saya Bantu 2 seperti Andi Bernadee, Riena Diana, Mark Dam, Wanie Oii, Ropie, Joey Daud, Nasz Sally, Ferth Jasni, Alif Hadi, Zaid Erakad, Ameerul Aysraf, Josiah Hogan, Fizo Omar dan ramai lagi.

  • Andi Bernadee sebagai Nasar
  • Riena Diana sebagai Farida
  • Mark Dam sebagai Dato’ Sudin
  • Ropie sebagai Chef Papa
  • Wanie Oii sebagai Haiza
  • Joey Dau sebagai Ali
  • Nasz Sally sebagai Almya
boleh saya bantu 2

Sinopsis Drama Boleh Saya Bantu 2

Drama Boleh Saya Bantu 2 mengisahkan tentang kehidupan Nasar yang penuh liku selepas melalui penceraian mengejut dengan Jannah.

Kini ditugaskan untuk menguruskan Love Wave Hotel, sebuah hotel milik Tuan Joe yang hampir bankrap, bersama Datuk Sudin, hidupnya menjadi semakin rumit apabila terjerat dalam cinta tiga segi antara Farida dan Haiza.

Nasar yang pada awalnya cuba merahsiakan situasi sebenar akhirnya akur apabila statusnya terbongkar, namun bertegas untuk menjauhkan diri daripada sebarang komitmen kerana masih dihantui trauma perkahwinan yang gagal.

Keadaan menjadi semakin bercelaru apabila dia dipujuk untuk kembali bersama Jannah, sesuatu yang enggan diterimanya.

Advertisements

Di sebalik kekalutan emosi, misi menyelamatkan operasi Love Wave Hotel turut dilanda berbagai-bagai dugaan tersendiri. Rentetan insiden luar jangka mula berlaku, daripada kehadiran tetamu mencurigakan, panggilan misteri, kemunculan bomoh moden, hinggalah penemuan satu wasiat yang bakal menentukan jodoh sebenar Farida.

Mampukah Nasar memberi sepenuh perhatian dalam menguruskan hotel saat emosinya sendiri masih terganggu? Dan apakah sebenarnya rahsia yang tersimpan di sebalik wasiat yang tiba-tiba muncul itu?

Sumber : kongsilah.my

Leave a Comment