Drama Boleh Saya Bantu Di TV3

Untuk peminat drama melayu, TV3 akan bawakan sebuah lagi drama terbaru berjudul Boleh Saya Bantu yang akan bersiaran bagi menggantikan Hawt Fellas yang telah tamat pada 1 Februari yang lalu.

Drama yang bakal menampilkan Andi Bernadee dan Riena Diana sebagai teraju utama ini akan menemui penonton bermula 2 Februari 2024 iaitu menerusi slot Lestary.

boleh saya bantu

Sinopsis Drama Boleh Saya Bantu?

Drama Boleh Saya Bantu? mengisahkan tentang Farida, pengurus hotel paling garang dibantu oleh ibu tiri, Haiza sebagai tukang cuci, Mia dan Rashid, juruteknik macho yang memikat hati Farida.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Andri Bernadee, Riena Diana, Wanie Ooi, Nasz Sally, Mark Adam, Zaid Erakad, Arisa Yamanaka, Lela Kadir, Kazar Saidi, Didie Alias dan Noorkhiriah.

Selain itu, terdapat juga penampilan pelakon seperti Salina Saibi, Johan As’ari Maria Farida, Ropie, Alif Hadi, Shamsul Ghau Ghau, Afifah Nasir, Najua P. Ramlee, Acong Sweetchild, Razak Ahmad dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Andi Bernadee sebagai Nasar
  • Riena Diana sebagai Farida
  • Wanie Ooi sebagai Haiza
  • Nasz Sally sebagai Almya
  • Mark Adam sebagai Sudin
  • Zaid Erakad sebagai Rashid
  • Arisa Yamanaka sebagai Mika

Produksi & Pengarah

Drama 13 episod ini merupakan arahan sutradara Shuhaimi Lua, penulisan skrip daripada MF Kencana dan diterbitkan oleh produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Advertisements

OST Drama

Lagu : Eh Mari Tengok Tu
Penyanyi : Andi Bernadee
Komposer : Iqie Hugh, Aniq Iffat
Lirik : Iqie Hugh, Aniq Iffat

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk tonton drama Boleh Saya Bantu? mulai 2 Februari 2024, bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Drama

Episod : 13
Bersiaran : Slot Lestary TV3
Tarikh : Mulai 2 Februari 2024 (Isnin-Sabtu)
Skrip : MF Kencana
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

Leave a Comment