Telefilem Matahari Tak Bercahaya Di TV9

Telefilem Matahari Tak Bercahaya pernah menjadi bualan ramai pada tayangan awal tahun 2022 yang lalu berkaitan dengan plot dan jalan ceritanya yang menarik.

Ianya merupakan sebuah naskah yang diilhamkan daripada kisah benar dan dua pelakon utama iaitu Fattah Amin dan Nad Zainal membawa watak dengan baik sekali.

matahari tak bercahaya

Sinopsis Telefilem Matahari Tak Bercahaya

Telemovie Matahari Tak Bercahaya mengisahkan tentang Mastura iaitu seorang ibu muda yang bertugas menjaga anak-anak tadika yang juga isteri kepada Shazan.

Mereka hidup dalam keadaan gembira di kampung dan disenangi oleh orang kampung. Namun begitu, kehidupannya berubah sepenuhnya apabila dia didapati HIV positif.

Nasib malangnya tidak berakhir apabila anaknya yang disusukan juga terjangkiti. Mastura dan suaminya Shahzan cuba untuk menyembunyikan hal ini daripada jiran tetangga di kampung, namun ia terbongkar dan mencetuskan ketakutan serta kebencian dalam kalangan penduduk kampung terhadap mereka.

Salah faham dan kekeliruan menyebabkan mereka diasingkan serta dihalau keluar oleh orang kampung. Sampai bilakah Mastura dan keluarganya harus menanggung derita ini?

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nad Zainal, Fattah Amin, Noorkhiriah, Lydiawati, Hafreez Adam, Esma Daniel, Aidit Noh, Mimi Ernida, Irfan Zaini dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Nad Zainal sebagai Mastura
  • Fattah Amin sebagai Shahzan
  • Hafreez Adam sebagai Zaki

Produksi & Pengarah

Telefilem yang ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Uchee Fukada dengan penulisan skrip daripada Maizura Ederis serta Marr Mohamad dan diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Matahari Tak Bercahaya ulangan pada 8 Mac 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan online Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 8 Mac 2024 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Maizura Ederis, Marr Mohamad
Pengarah : Uchee Fukada
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment