Bermula daripada drama Hilang Dalam Rindu musim pertama, kini mereka kembali untuk Hilang Dalam Rindu 2 iaitu untuk musim kedua. Kesinambungan daripada kisah cinta antara Aira dan Eijaz.
BACA JUGA : Kisah Hilang Dalam Rindu Musim Pertama
Untuk musim kali ini diterbitkan khas dalam Siri Mini Raya iaitu untuk 5 episod sahaja. Akan mula disiarkan pada 21 hingga 25 Mac 2026, jam 10.30 pagi menerusi saluran TV3 dan secara online di Tonton.
Episod : 5
Tayangan : TV3
Tarikh : 21 – 25 Mac 2026 (Sabtu – Rabu)
Masa : 10.30 AM
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

OST Drama
Tajuk Lagu : Ku Tetap Ada
Penyanyi : Tracie Sinidol & Jazmy Juma
Komposer : Wirawati Diana Putri, Revo Marty
Penulis Lirik : Wirawati Diana Putri, Revo Marty
Barisan Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Hilang Dalam Rindu 2 ini seperti Jazmy Juma, Tracie Sinidol, Zarif Ghazzi, Sera Melissa, Nina Smith, Dato’ Jalaluddin Hassan, Shaharuddin Thamby dan ramai lagi.
- Jazmy Juma sebagai Nadim Eijaz
- Tracie Sinidol sebagai Nadira
- Zarif Ghazzi sebagai Sarip
- Sera Melissa sebagai Nurul
- Nina Smith sebagai Teha
- Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Mukhriz
- Shaharuddin Thamby sebagai Dato Ehsan
Sinopsis Drama Hilang Dalam Rindu 2
Drama Hilang Dalam Rindu 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Aira dan Eijaz yang bermula dengan detik mendebarkan apabila Aira berjaya melahirkan anak pertama mereka, Eirman.
Namun, pengalaman hampir kehilangan Aira ketika proses bersalin meninggalkan kesan trauma yang mendalam dalam diri Eijaz. Selepas kejadian itu, kehidupan mereka berubah secara drastik.
Eijaz menjadi seorang yang terlalu berhati-hati dan cenderung melindungi keluarganya secara berlebihan, manakala Aira pula berusaha menunjukkan bahawa dia mampu mengurus rumah tangga serta menjaga anak dengan caranya sendiri.
Perbezaan cara dan pendirian ini sering menimbulkan perselisihan kecil antara mereka, walaupun hubungan mereka masih disulami dengan momen bahagia dan lucu sebagai pasangan suami isteri.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila kisah lama kembali menghantui kehidupan mereka, termasuk kemunculan individu dari masa lalu yang pernah memberi luka dan kesan mendalam kepada keluarga mereka.





