Telefilem Musnah Itu Janji Di MYTV (Original)

Saksikan telefilem Musnah Itu Janji yang akan menemui penonton pada malam Raya, 20 Mac 2026, hari Jumaat, pukul 9.00 malam menerusi saluran MYTV Mana-Mana. Juga tersedia di aplikasi mobile.

Telefilem khas MYTV Original ini merupakan arahan Bade Hj. Azmi, nukilan skrip dariapda Shaza Talib dan diterbitkan oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Tayangan : MYTV (Original)
Tarikh : 20 Mac 2026 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Nurlisa
Penulis Skrip : Shaza Talib
Pengarah : Bade Hj. Azmi
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Musnah Itu Janji

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Ungku Ismail Aziz, Nad Zainal, Harissa Adlynn, Wan Norazlin, Shazia Norzaini dan ramai lagi.

Advertisements
  • Ungku Ismail Aziz sebagai Azhar
  • Nad Zainal sebagai Rina / Kak Ina
  • Harissa Adlynn sebagai Maira
  • Wan Norazlin sebagai Puan Khalsom

Sinopsis Telefilem Musnah Itu Janji

Telefilem Musnah Itu Janji mengisahkan tentang kehidupan Maira dan Azhar yang pada awalnya kelihatan bahagia dan sempurna sebagai sebuah keluarga.

Namun, keharmonian yang mereka kecapi mula goyah apabila Kak Ina hadir sebagai pengasuh kepada anak mereka, sekali gus membawa perubahan besar dalam hubungan dan kehidupan mereka.