Saksikan drama terbaru Kerana Cinta Itu Dusta yang akan bersiaran mulai 25 Februari 2026, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3. Juga tersedia di Tonton.
Drama 30 yang bakal menggantikan Bisik Asmara ini merupakan arahan Nur Ain Sharif, nukilan skrip daripada Rehal Nuharis dan diterbitkan oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Episod : 30
Bersiaran : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 25 Februari 2026 (Isnin – Khamis)
Masa : 10.00 PM
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Nur Ain Sharif
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

OST Drama
Lagu : IDLYA
Penyanyi : Misha Omar
Komposer : Melly Goeslow
Penulis Lirik : Melly Goeslow
Barisan Pelakon & Watak
Antara nama-nama yang terlibat dalam drama Kerana Cinta Itu Dusta seperti Jazmy Juma, Emma Maembong, Azira Shafinaz, Nazrief Nazri, Raja Azmi, Adrea Abdullah, Riz Amin, Shania Hendrik dan ramai lagi.
- Jazmy Juma sebagai Sufian
- Emma Maembong sebagai Orked
- Azira Shafinaz sebagai Seri
- Nazrief Nazri sebagai Mikael
- Raja Azmi sebagai Mak Lela
- Adrea Abdullah sebagai Zaleha
- Riz Amin sebagai Arman
- Shania Hendrik sebagai Lisa
Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Dusta
Drama Kerana Cinta Itu Dusta mengisahkan tentang perjalanan hidup Orked dan Sufian, sepasang suami isteri yang bermula dengan serba kekurangan sebelum berjaya membina empayar perniagaan sendiri dari rumah sehingga dikenali sebagai pempengaruh terkenal. Kejayaan yang dikecapi banyak didorong oleh kebijaksanaan dan ketajaman fikiran Orked dalam menguruskan bisnes, sementara Sufian pula menjadi tulang belakang yang sentiasa memberi sokongan tanpa menuntut perhatian.
Namun, apabila nama Orked semakin melonjak dan pengaruhnya makin meluas, kedudukan Sufian sebagai suami mula terasa terpinggir. Dalam diam, perasaan rendah diri dan ego yang terusik mula menguasai dirinya. Apa yang pada awalnya hanya rasa tidak puas hati, akhirnya membawa kepada tindakan-tindakan yang sedikit demi sedikit menghakis kepercayaan dalam rumah tangga mereka.
Situasi menjadi semakin rumit dengan kemunculan Seri, sahabat baik Orked yang sebelum ini pernah dibantu keluar daripada perkahwinan yang penuh toksik. Orked lah yang menjadi tempat Seri bergantung dan membina semula kehidupan. Namun tanpa disedari, kehadiran Seri mengubah keseimbangan hubungan antara Orked dan Sufian. Garis sempadan yang sepatutnya jelas mula kabur, dan rahsia yang tersimpan semakin sukar disembunyikan.

Kepercayaan dan kesetiaan yang menjadi asas perkahwinan mereka mula diuji. Hubungan yang dibina atas dasar saling melindungi dan menyokong perlahan-lahan menjadi rapuh. Saat kebenaran semakin hampir terbongkar, bukan sahaja ikatan suami isteri berada di ambang kehancuran, malah persahabatan yang dianggap setia turut berdepan perpecahan.
Orked akhirnya terpaksa membuat pilihan yang sukar antara mempertahankan harga diri atau terus berdiam demi menjaga sisa ketenangan yang masih ada. Dalam keadaan penuh emosi dan konflik, persoalannya, adakah hubungan ini masih mampu diselamatkan, atau segalanya bakal runtuh tanpa peluang untuk diperbaiki lagi?





