Telefilem Jihad Ramadan Di TV9

Sempena Ramadan ini, Media Prima akan bawakan kembali telefilem Jihad Ramadan untuk tontonan ramai yang akan disiarkan pada 18 Mac 2024 di TV9.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini membariskan pelakon-pelakon tidak kurang hebatnya seperti Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.

jihad ramadan

Sinopsis Telefilem Jihad Ramadan

Telemovie Jihad Ramadan mengisahkan tentang Juita dan Hasan yang hidup secara sederhana dan bahagia dengan anak perempuan mereka, Alina.

Sebuah tragedi telah berlaku sebelum tibanya bulan Ramadan apabila Hasan diperangkap dan didakwa atas tuduhan memiliki ganja.

Dalam keadaan yang terdesak, kawan baik Hasan, Razali muncul sebagai peguam bela. Namun, Razali mempunyai agenda sendiri kerana dia masih mengharapkan balasan cinta daripada Juita, bekas kekasihnya.

Juita tabah menghadapi pelbagai dugaan dan memikul tanggungjawab sebagai ibu sehingga menanti keadaan sebelum Hari Raya menjelang.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Qistina Raisah, Fauzi Nawawi, Syazuwan Hassan, Roy Azman, Kismah Johar, Zarynn Min dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nabila Huda sebagai Juita
  • Pekin Ibrahim sebagai Hassan
  • Qistina Raisah sebagai Alina
  • Fauzi Nawawi sebagai Razali
  • Syazuwan Hassan sebagai Fuad
  • Royz Azman sebagai Rozaimi

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Syahid Johan, penulisan skrip daripada Nur Aminahtul Mardhia dan diterbitkan oleh produksi Balang Rimbun.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan kembali telefilem Jihad Ramadan pada 18 Mac 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 18 Mac 2024 (Isnin)
Waktu : 8.300 Malam
Idea Asal : Jihadi Ismail
Penulis Skrip : Nur Aminahtul Mardhia
Pengarah : Syahid Johan
Produksi : Balang Rimbun

Leave a Comment