Drama Satu Hari Nanti Di iQIYI (Original)

Untuk bulan September ini, iQIYI akan bawakan sebuah drama original berjudul Satu Hari Nanti bagi tontonan ramai iaitu bermula 18 September 2024 yang ditayangkan secara striming di platform tersebut.

Sebuah kisah penghijrahan dan cinta suci yang mana menampilkan gandingan mantap daripada barisan pelakon yang mana Ezaidi Aziz, Eyka Farhana dan Bella Astilah sebagai teraju utama.

Drama ini juga merupakan adaptasi novel dengan judul yang sama ‘Satu Hari Nanti’ karya Shera Zulghafar dimana diterbitkan pada tahun 2019 dan memasuki pasaran Indonesia pada tahun selepasnya, 2020.

Sinopsis Drama Satu Hari Nanti

Drama Satu Hari Nanti ini mengisahkan tentang seorang pemuda mualaf berbangsa Cina bernama Noah Lee yang mengalami kekecewaan dalam percintaan dan cuba mencari apakah hikmah di atas apa yang terjadi.

Noah mula menyibukkan dirinya dengan melakukan kerja-kerja kebajikan lalu bertemu dengan seorang gadis Muslim yang berjiwa dinamis, Marissa Safiyyah.

Semangat juang yang tinggi dalam menyuarakan hak-hak wanita yang dimiliki Marissa telah membuatkan Noah jatuh hati kepada dirinya. Namun siapakah wanita bernama Aulia Jane dalam hidup Noah?

Apakah kesudahan kisah mereka? Mampukah cinta berlainan agama dapat bertahan?

Pelakon Dan Watak

Selain Eyka, Ezaidi dan Bella, terdapat juga pelakon-pelakon lain seperti Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Erin CTJ, Shahidan Izwan, Nina KSC, Luqman Hafidz, Taufik Hanafi dan ramai lagi.

Advertisements
  • Ezaidi Aziz sebagai Noah Lee
  • Eyka Farhana sebagai Marissa Safiyyah
  • Bella Astillah sebagai Aulia Jane
  • Hasnul Rahmat sebagai Imam Hassan
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Ummi Salamah
  • Luqman Hafidz sebagai Imran
  • Erin CTJ sebagai Jiha
  • Shahidan Izwan sebagai Arman
  • Nina KSC sebagai Audrey

Produksi & Pengarah

Drama 16 episod ini merupakan arahan Mohd Fazli Yahya aka Pali Yahya, nukilan skrip daripada Farhana Fauri, Siti Jasmina Ibrahim, Shaza Talib dan Moleh Aziz serta diterbitkan oleh produksi Mache All Star United Sdn. Bhd.

OST Drama

Tajuk Lagu : Rawan
Artis : Hairul Nizam
Komposer : Amylea Azizan
Lirik : Amylea Azizan

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Satu Hari Nanti yang akan mula ditayangkan pada 18 September 2024, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 9.00 malam menerusi platform penstriman iQIYi.

Anda boleh strim secara percuma sama ada menerusi laman web di https://www.iq.com/ atau menggunakan aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di play store atau app store.

Leave a Comment