Drama Ternyata Sebuah Bahagia Di Astro Ria (Slot Tiara)

Sebuah drama terbaru bakal menemui penonton pada petang hari bermula 23 September 2024 menerusi drama Ternyata Sebuah Bahagia bagi menggantikan Dan Mimpi Pun Berguguran.

Drama yang mengisahkan tentang konflik kekeluargaan ini menampilkan barisan pelakon yang hebat antaranya Che Puan Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Datin Elvina Mohd dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Ternyata Sebuah Bahagia

Drama Ternyata Sebuah Bahagia mengisahkan tentang konflik kehidupan Datin Janice, seorang wanita yang selama ini seluruh hidupnya berpaut pada cinta dan sokongan suaminya, Dato’ Zamani. Namun, kebahagiaan yang disangka kekal abadi akhirnya goyah apabila suatu hari kebenaran yang menyakitkan mula terbongkar.

Datin Janice, yang begitu setia, dicurangi apabila dia mendapati bahawa suaminya, Dato’ Zamani, terjerat dalam hubungan bersama wanita lain iaitu Rhea. Kehadiran Rhea menjadi titik mula runtuhnya kepercayaan yang sekian lama dipertahankan oleh Datin Janice, sekaligus menggoncang seluruh dunianya.

Kini, Datin Janice terperangkap dalam kemelut emosi dan trauma yang menghantui setiap langkah kehidupannya.

Lebih menyakitkan, penyondol yang meruntuhkan rumah tangganya bukanlah orang asing, tetapi seorang sahabat yang selama ini dipercayai. Di sebalik senyuman dan wajah yang mesra, tersembunyi sifat hipokrit dan talam dua muka.

Namun, segalanya mengambil arah yang tak terduga apabila Dato’ Zamani tiba-tiba diserang strok, membuatkan dia tersedar dari keangkuhannya. Hati kecilnya mula tergerak untuk kembali ke pangkal jalan.

Pelakon Dan Watak

Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Lorenzo Irmann Myra Afrina, Syahir Shafein, Dina Allysha, Azah Aziz, Syean Mokhtar, Evon Tay, Kenji Sawahi, Hanna Faresha, Naia Bos, Kuna Muzaini dan ramai lagi.

Advertisements
  • Zamarul Hisham sebagai Dato’ Zamani
  • Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Datin Jeanice Foong
  • Datin Elvina Mohd sebagai Rhea
  • Lorenzo Irmann sebagai Rayyan
  • Myra Afrina sebagai Zahirulhaq
  • Dina Allysha sebagai Sabreena
  • Azah Aziz sebagai Frieda
  • Syean Mokhtar sebagai Jeffrey
  • Evon Tay sebagai Margaret
  • Kenji Sawahi sebagai Randy Foong
  • Kuna Muzani sebagai Midah

Produksi & Pengarah

Drama 40 episod ini merupakan arahan bersama Nur Ain Sharif bersama Ejump Mohd, nukilan skrip daripada Nieza Nahar dan Adza Emie serta diterbitkan oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

OST Drama

Tajuk Lagu : Perisai Cinta
Penyanyi : Liza Hanim
Komposer : Omar K & Shazriq Azeman
Penulis Lirik : Omar K & Shazriq Azeman

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Ternyata Sebuah Bahagia yang akan menemui penonton mulai 23 September 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Ria.

Selain itu, bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh strim secara online menerusi platform Sooka sama ada menggunakan laman web atau aplikasi mobile.

Leave a Comment