Filem Ngesot Di Pawagam Pada 9 Mei Ini

Bagaimana agaknya perasaan bila terpaksa untuk terus bertahan untuk hidup di dalam hutan? Ini la yang digambarkan menerusi filem Ngesot yang akan bertemu penonton mulai 8 Mei ini di pawagam.

Ngesot merupakan sebuah filem survival thriller yang diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah berlaku pada tahun 2014 di Tapah. Bagaimana seorang yang ingin survive tanpa makan dan minum untuk beberapa hari di dalam hutan.

Selain daripada plot cerita yang pastinya mengujakan, cerita ini juga menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya. Anda boleh dapat saksikan aksi daripada Zul Huzaimy sebagai antara watak penting sepanjang penceritaan.

filem ngesot

Sinopsis Filem Ngesot

Filem Ngesot mengisahkan tentang Syazwan iaitu seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi, terpaksa berdepan kesukaran selepas dia mengalami kemalangan dan terjatuh ke dalam gaung. 

Rakan baik Syazwan iaitu Acap turut terlibat dalam kemalangan itu namun tidak dapat dikesan. Hanya suara yang kedengaran di segenap pelusuk hutan meminta pertolongan. Dalam keadaan yang teruk dan lumpuh, Syazwan terpaksa mengesot di dalam hutan untuk mencari Acap.

Syazwan terpaksa bertahan selama 4 hari tanpa bantuan perubatan, makan minum hanya berbekalkan pengalaman latihan sebagai askar membolehkan Syazwan terus “bertahan” mencari Acap dan jalan keluar.

Advertisements

Pelakon Dan Watak Lakonan

Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Zul Huzaimy, Luqman Hafidz, Sharifah Sakinah, Khir Rahman, Zakaria Zahid dan ramai lagi

  • Zul Huzaimy sebagai Syazwan
  • Khir Rahman sebagai Yado
  • Sharifah Sakinah sebagai Lisa
  • Luqman Hafidz sebagai Acap
  • Zakaria Zahid sebagai Tubin

Produksi & Pengarah

Filem genre survival thriller ini diarahkan oleh sutradara Ayez Shaukat, penulisan daripada tuan pengarah sendiri dan Nicholas Andrew serta diterbitkan bersama oleh produksi Kash Pictures dan Temasek Studios.

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Ngesot yang akan ditayangkan mulai 9 Mei 2024 dan seterusnya di pawagam seluruh Malaysia.

Leave a Comment