Telefilem Suluhkan Aku Cahaya Di TV3

Jangan lupa untuk saksikan kembali telefilem Suluhkan Aku Cahaya yang akan menemui penonton pada 21 Jun 2024, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Ismail Yaakob, nukilan skrip daripada Siti Solehah Abdul Ghani dan diterbitkan olah syarikat produksi ZKreative Production

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : TV3
Tarikh : 21 Jun 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 malam
Idea Asal : Siti Solehah Abdul Ghani
Penulis Skrip : Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah : Ismail Yaakob
Produksi : ZKreative Production Sdn. Bhd.

suluhkan aku cahaya

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang menyerikan telefilem ini ialah Redza Rosli, Ain Edruce, Jalil Hamid, Idris Mat Diah, Akhmal Nazri, Shekeen Waida, Fadzil A. Aziz, Azhar Hisham dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Redza Rosli sebagai Syarif
  • Ain Edruce sebagai Dr. Zulaikha
  • Jalil Hamid sebagai Ustaz Jamal
  • Idris Mat Diah sebagai Pak Kassim
  • Akhmal Nazri sebagai Azri
  • Shekeen Waida sebagai Dr. Anis

Sinopsis Telefilem Suluhkan Aku Cahaya

Telefilem Suluhkan Aku Cahaya mengisahkan tentang Zulaikha berkahwin dengan Syarif selepas mendapat restu daripada bapanya Ustaz Jamal. Persetujuan itu selepas melihatkan Syarif seorang yang arif bab agama dan boleh membimbing anak tunggalnya.

Selepas berkahwin, Syarif maklumkan sebenarnya dia jahil agama dan sebelum ini hanya lakonan sahaja. Zulaikha pada mulanya kecewa dengan sikap suaminya namun dia demi cinta dia ingin membantu Syarif.

Advertisements

Perbualan mereka didengari oleh Ustaz Jamal lalu Ustaz Jamal lantas dia meminta mereka untuk tinggal dengannya. Bermulalah kehidupan baru Syarif di rumah mentuanya setiap malam dikejutkan untuk solat jemaah.

Syarif mempersoalkan selama ini dia tidak pernah bersolat tetapi boleh berjaya juga. Ustaz Jamil terkejut dengan kenyataan menantunya itu.

Leave a Comment