Filem Pontianak 200kg Mula Ditayangkan Di Pawagam Pada 5 September Ini

Filem komedi paling berat menerusi Pontianak 200kg akan menemui penonton mulai 5 September 2024 (Khamis) di pawagam seluruh Malaysia.

Berikutan kejayaan telefilem Pontianak 100kg yang ditayangkan di Tonton sebelum ini, pihak produksi bersetuju untuk menyambung cerita ini dan kini ditayangkan di layar perak pula.

Sinopsis Filem Pontianak 200kg

Filem Pontianak 200kg mengisahkan tentang Kampung Terbalik yang menjadi mangsa serangan Pontianak Melati dan Pontianak Mewangi yang mencari makanan kerana sentiasa kelaparan.

Keadaan menjadi lebih huru-hara apabila penduduk kampung menyangka mereka adalah pontianak yang menghisap darah hingga menyebabkan ramai penduduk kampung koma!

Kemunculan Bilal, lelaki ala Korea telah membuatkan Pontianak Melati dan Pontianak Mewangi jatuh cinta dan mula bersaing untuk menarik perhatian Bilal.

Namun keadaan masih belum reda dan penduduk kampung masih menjadi mangsa serangan pontianak. Pak Akad, selaku ketua kampung menjadi semakin buntu untuk menghentikan jumlah penduduk yang semakin ramai koma.

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi filem ini seperti Aya Amiruddin, Dottie, Ziana Zain, Ropie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad, Malia Baby, Shaf Naufas, Apich Lo dan ramai lagi.

Advertisements
  • Aya Amiruddin sebagai Ponti Melati
  • Dottie sebagai Ponti Mewangi
  • Ziana Zain sebagai Kemboja
  • Wanns Ahmad sebagai Mali
  • Ropie sebagai Pak Akad
  • Apich Lo sebagai Lee Min Ho
  • Niezam Zaidi sebagai Solleh
  • Hairul Aziz sebagai Sood

Produksi& Pengarah

Filem seram komedi ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, nukilan skrip daripada Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil dan diterbitkan oleh bersama oleh produksi Primeworks Studio dan Metrowealth.

OST Filem

Tajuk : Naik Hantu
Penyanyi : Shiha Zikir & Aya Amiruddin
Komposer : John Jeeves & Omar K
Lirik : Iqie Hugh, Shazriq Azeman & Omar K

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Pontianak 200kg mulai 5 September 2024 yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Leave a Comment