Gimme The Mic Malaysia 2024 : Senarai Peserta, Juri, Format Pertandingan & Waktu Siaran

Selepas The Hardest Singing Show melabuhkan tirai, Astro bawakan satu lagi program nyanyian terbaru dan kali ini menerusi Gimme The Mic Malaysia 2024. Sebuah program realiti tv Astro dengan kerjasama TikTok.

Dengan platform yang disediakan ini, peserta yang terdiri daripada content creator TikTok akan bersaing di atas pentas bersama live band yang mana mereka beraksi dari skrin kecil kepada skrin yang lebih besar.

Gimme The Mic Malaysia 2024

Program terbaru ‘TikTok LIVE x Astro Gimme The Mic Malaysia’ ini merupakan sebuah pertandingan yang mempertaruhkan kehebatan vokal dalam setiap persembahan yang dibuat oleh para peserta setiap minggu.

Melalui platform ini juga, ianya dapat memberi peluang kepada penyanyi baru yang mungkin akan bertapak dalam industri muzik tanah air ini bersama penyanyi lain dan sekali gus dapat mengembangkan bakat nyanyian mereka.

peserta gimme the mic malaysia 2024

Senarai Peserta Gimme The Mic Malaysia

Daripada ribuan peserta yang mengambil peluang untuk menyertai uji bakat yang turut dibuat secara LIVE di platform TikTok, hanya 30 peserta yang dipilih. Pastinya mereka adalah dikalangan yang terbaik untuk bersaing di pentas yang lebih besar.

  1. Alif Kimiey
  2. Ameerais Azhar
  3. Ary Hussin
  4. Beyla Inara
  5. Bulan Asyraff
  6. Celine Lai
  7. Rou Rou
  8. Chong Han
  9. DanHuangGe
  10. Farhan Mustapha
  11. Epet Panicroomband
  12. Fiza Sinha
  13. Hazreen Amreena
  14. Ezan
  15. IR Radzi
  1. Jelly Belyyy
  2. Junlloyd Egano
  3. Luna
  4. Mamuji
  5. Mofanora
  6. Bunian
  7. Nazz
  8. RAEZ
  9. Rasz
  10. Shazreen Shaharum
  11. Syaffiq Sahli
  12. Syamel
  13. Xiiaopanda
  14. Zullyali
  15. Oky Danial

Barisan Juri

Terdapat 4 panel juri yang akan mengadili, memberi komen serta markah setiap minggu untuk setiap peserta. Mereka adalah terdiri daripada individu-individu yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.

Kita ada penyanyi terkenal di dunia, Yuna bersama pelakon dan penyanyi popular Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari. Bukan itu sahaja, komposert hebat, Ajai dan ikon industri hiburan tanah air, Hael Husaini juga duduk sebagai panel juri.

juri gimme the mic malaysia  2024

Format Pertandingan

Dalam Gimme The Mic Malaysia 2024, diperkenalkan elemen ‘The Six’ dimana setiap minggu, enam peserta yang mendapat markah tertinggi akan berada di di kerusi ini. Pastinya setiap minggu, kedudukan ini pastinya berubah.

Mereka yang menghuni enam kerusi ini seperti yang diumumkan di penghujung konsert akan terselamat dari penyingkiran. Peserta yang tidak berada di sini akan berdepan dengan pusingan penyingkiran.

Pemarkahan bagi Gimme The Mic Malaysia adalah gabungan antara panel juri profesional dan undian TikTok Live.

Juara serta peserta yang berada dikedudukan enam teratas pada konsert final, akan mewakili negara di peringkat antarabangsa yang mana mereka akan berentap dengan juara-juara Gimme The Mic ari negara-negara lain

Bukan itu sahaja, pemenang atau juara Gimme The Mic Malaysia akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 daripada Astro beserta $2,000 daripada TikTok, serta berpeluang menerbitkan lagu single yang ditaja oleh Astro dan Rocketfuel.

Advertisements

Pengacara Dan Hos Program

Selain itu, program ini turut diserikan dengan gandingan Sherry Alhadad bersama Sean Lee sebagai host dan pengacara utama. Manakala Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+ dibelakang tabir.

hos gimme the mic malaysia  2024

Waktu Bersiaran Gimme The Mic Malaysia 2024

Program Gimme The Mic Malaysia 2024 akan bersiaran selama 8 minggu bermula 21 Julai 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 serta On Demand dan Astro Go.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh tonton secara live streaming di platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile setiap minggu.

Senarai Peserta Tersingkir Gimme The Mic Malaysia 2024

Ini merupakan senarai peserta yang tersingikir diumumkan pada akhir rancangan dalam program Gimme The Mic Malaysia 2024.

MingguSenarai Peserta
Minggu 1Ir Radzi, Celine Lai, Ezan, Aliff Kimiey, Mamuji, Fiza Sinha, Zuly Ali, Nazz, Xiiaopanda dan Luna (10 peserta)
Minggu 2Ary Hussin, Beyla Inara, RouRou, Oky Danial, Rasz dan Bunian (6 peserta)
Minggu 3~

Sumber : notaria.my

Leave a Comment