The Hardest Singing Show 2024 : Senarai Peserta, Juri & Siaran Langsung Di Astro Ria

Program terbaru The Hardest Singing Show (THSS) 2024 bakal bersiaran dan menemui penonton mulai 12 Mei ini yang mana akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria 104.

Bukan sekadar menguji vokal nyanyian semata-mata, tetapi ianya bakal mempertaruhkan ‘showmanship’ dengan konsep ‘kreativiti luar limitasi’ dimana bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan paling penting kreativiti peserta dalam persembahan.

Format Pertandingan

Selama 10 minggu, kesemua 9 peserta akan melakukan persembahan nyanyian pentas dan paling penting mereka perlu memberikan satu ‘wow moment’ bergantung kepada idea dan kreativiti masing-masing.

Konsep tambahan inilah bakal menjadi faktor penting dalam pemarkahan akhir sekali gus bakal menentukan kedudukan mereka dalam program The Hardest Singing Show sehinggalah minggu terakhir.

Pemarkahan adalah sepenuhnya daripada pihak juri tetap setiap minggu. Tetapi penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemarana mereka setiap minggu menerusi www.gempak.com/thehardestsingingshow.

Juara The Hardest Singing Show akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro pada penghujung musim.

Barisan Juri

Untuk musim pertama THSS, terdapat tiga juri yang bakal mengadili yang mana mewakili 100% keseluruhan pemarkahan dalam program ini iaitu Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Peserta The Hardest Singing Show

Seramai 9 peserta yang bakal menyahut cabaran The Hardest Singing Show kali ini dimana terdiri daripada peserta individu dan berkumpulan. De Famyang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana wakil tunggal peserta berkumpulan.

Manakala peserta lain adalah termasuk Datin Alyah, Zizi Kirana, Ayda Jebat, Kaka Azraff, Stacy, Aisha Retno, Putera Muhammad dan Aepul Roza. Pastinya saingat sengit untuk barisan penyanyi hebat ini nanti.

Advertisements
peserta the hardest singing show

Pengacara

Sepanjang musim, pengacara, pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad akan mengemudi rancangan ini bersama penyanyi terkenal Indonesia iaitu Rina Nose.

Sebelum program berlangsung, akan ada BTS The Hardest Singing Show dimana akan dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit. Kemudian selepas konsert utama, bakal menyusul pula post-program iaitu Xtended The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh 3 Pagi ERA aiitu nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin.

the hardest singing show

Siaran Langsung The Hardest Singing Show 2024

Jadi jangan terlepas untuk merasai kehangatan dan kehebat seperti peserta yang akan bertanding selama 10 minggu yang mana akan bersiaran langsung dari dari Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur bermula 12 Mei 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi Astro Ria (saluran 104).

Selain itu, rancangan ini juga anda boleh strim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro Go atau di platform Sooka dimana anda mempunyai pilihan yang lebih fleksibel.

Leave a Comment