Filem Kahar Kapla High Council mula ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 28 November 2024 yang lalu. Admin berkesempatan untuk menonton pada awal Disember dan ini review ringkas untuk filem tersebut.
Mungkin ramai yang dah tahu macam mana fenomenanya siri tv Projek: High Council pada 2023 yang lalu. Disebabkan itu, penerbit membuat keputusan untuk hasilkan prequel dalam bentuk filem pula.
Sinopsis Filem Kahar Kapla High Council
Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin meletakkan harapan tinggi.
Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.
“Pencapaian” baharu Kahar itu bagaimanapun mengundang musuh dari segala arah. Disebabkan itu, maka sehingga terjadi isu besar rampasan kuasa yang dipanggil Kudeta. Tapi adakah ianya berjaya?
Review Filem Kahar Kapla High Council
Filem Kahar Kapla High Council ini merupakan filem prequel daripada tv siri sebelum ini. Jadi permulaan filem, ianya memaparkan beberapa adegan daripada siri tv tersebut. Bagi admin, kena tengok dulu tv siri, then baru tengok filem.
Untuk plot dan jalan cerita, rasanya penonton yang mengikuti tv siri sebelum ini pasti tahu apa kesudahannya. Akhir mesti Kahar akan diangkat menjadi Kapla. Tapi bagaimana caranya itulah ianya digarap sangat baik dari mula hingga habis.
Untuk filem, adegan di persekolahan sangat minima. Mungkin kerana kekangan masa. Filem ini hanya berdurasi 100 minit sahaja. Jadi banyak perlu difokuskan yang penting berbanding scene persekolahan.
Selain daripada jalan cerita, aksi lawan untuk sesi ‘manifesto’ kali ini lebih mantap. Aksi lawan lebih berbunda-bunga dan ditambah dengan camera angle dan slow motion. Memang nampak real tengok budak-budak sekolah berlawan.
Barisan pelakon rata-rata nampak lebih matang. Admin suka watak Megat yang dilakonkan oleh Sky Iskandar dan Jojo yang dilakukan oleh Khenobu. Mimik muka, cara percakapan, style habis. Kahar lakonan Amir Ahnaf seperti biasa, sama seperti dalam tv. Tetap terbaik.
Kalau dalam Projek High Council kita ada watak Naim, kali ini ada watak Reza yang dibawakan oleh Aedy Ashraf. Pengawas yang tenang menjaga pelajar dan mampu untuk berlawan dan bermanifesto.
Selain aksi, filem ini juga fokus kepada krisis keluarga Dato’ Abu Yamin dengan melibatkan Kahar dan Reza. Dari cerita inilah, kita tahu serba sedikit macam mana Abu Yamin sangat setia dengan KUDRAT.
Secara overall, jalan cerita dengan pacing yang sedikit sederhana laju. Boleh faham jalan cerita. Tiada plot twist yang membingungkan. Straigt forward sahaja. Tiada adega yang meleret dan ‘unneccessary’. Admin suka.
Untuk yang belum menyaksikannya, filem ini ada 2 scene mid-credit. Jadi kena duduk sebentar. Mungkin nanti lepas ni akan ada lagi prequel. Harapnya ianya akan berlaku selepas ini.
BTW, admin orang Malaysia, tapi berkesempatan untuk menonton filem ini di Brunei masa bercuti disana tempoh hari. Buat pertama kali dapat tonton filem di luar negara. Subtitle bahasa melayu masih disediakan disini. Jangan risau
Rating Kahar Kapla High Council : 4/5 ⭐⭐⭐⭐