Jangan lupa saksikan telefilem Bunga Telur Bunga Rampai yang akan bersiaran pada 22 Mac 2026, hari Ahad, pukul 10.00 malam menerusi saluran RTM di TV1 atau secara online di RTM Klik.
Telefilem istimewa bersempena sambutan Aidilfitri ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini, dengan skrip hasil karya Azura Halid serta diterbitkan oleh syarikat produksi Aster Pictures Sdn. Bhd.
Tayangan : TV1
Tarikh : 22 Mac 2026 (Ahad) – Raya Kedua
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Azura Halid
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Aster Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Reen Rahim, Ng Hung Shen, Hafreez Adam, Zaidi Omar, Juita Johari, Muaz Fitri dan ramai lagi.
- Reen Rahim sebagai Aida
- Juita Johari sebagai Mak Lenggang
- Ng Hung Shen sebagai Yap Poh Koi
Sinopsis Telefilem Bunga Telur Bunga Rampai
Telefilem Bunga Telur Bunga Rampai mengisahkan tentang Eda yang mencari rezeki sebagai pembuat bunga telur, namun masih belum menemui pasangan hidup.
Hatinya dilanda kekecewaan apabila mendapat tahu bekas kekasihnya telah mendirikan rumah tangga.
Dalam keadaan itu, kehadiran Yap Poh Koi yang sedang mempelajari agama Islam membuka lembaran baharu dalam hidup Eda, sehingga lelaki tersebut mengambil langkah berani untuk melamarnya dan menghadirkan kebahagiaan yang tidak disangka.





