Telefilem Cerita Dari Dinding Di TV2

Saksikan semula telefilem Cerita Dari Dinding yang akan menemui penonton pada 8 Julai 2024, hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem berdasarkan kisah benar ini merupakan arahan Murali Abdullah, nukilan skrip daripada A. Wahid Nasir dan diterbitkan oleh syarikat produksi Sophisticated Media Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 8 Julai 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Asry Azizan & A. Wahid Nasir
Penulis Skrip : A. Wahid Nasir
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Sophisticated Media Sdn. Bhd.

cerita dari dinding

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Cerita Dari Dinding seperti Wan Hanafi Su, Aida Khalida, Aedy Ashraff, Wan Raja, Aliff Hilman, Mia Kesuma, Sherry Merlis, Raja Norbaizura, Liya Banks dan ramai lagi.

  • Wan Hanafi Su sebagai Jalil
  • Aida Khalida sebagai Rohana
  • Wan Raja sebagai Radzi

Sinopsis Telefilem Cerita Dari Dinding

Telefilem Cerita Dari Dinding mengisahkan tentang Jalil, seorang lelaki separuh usia yang mempunyai impian besar untuk membahagiakan keluarga, isteri dan tiga orang anaknya.

Dia menjanjikan segala kesenangan untuk anak-anak dan isterinya, Rohana. Namun sifat panas baran dan suka membesarkan diri kerap menggagalkan apa jua usaha malah pelbagai padah menimpa.

Kekecewaan Jalil dilepaskan kepada Rohana, dan anak-anak. Rohana mencurahkan rasa hatinya ke dinding bilik tidur yang tersembunyi. Jalil kerap membalas luahan rasa Rohana itu di dinding yang sama.

Rohana berusaha menyatukan keluarganya dan kerap menasihatkan suami dan anak-anak supaya mengingati Allah. Namun tiada siapa mengendahkannya kecuali Radzi. Panas baran Jalil meningkat, dia mengamuk di masjid dan di pejabat orang.

Advertisements

Jalil kerap tidak ada di rumah. Rohana siang malam mengambil upah menjahit untuk menyokong pendapatan keluarga.

cerita dari dinding

Dalam keadaan kesunyian dan genting, Radzi, anak kesayangan Jalil dan Rohana, pulang ke rumah, meraung kecewa kerana putus cinta. Di tengah-tengah kesedihan itu, rahsia Jalil berkahwin selama 10 tahun dengan bekas pembantu kedainya, rakyat Indonesia, terbongkar.

Rohana pengsan. Dalam keadaan tertekan itu, Jalil diserang strok. Dalam keadaan kelam kabut itu terjumpa tulisan tulisan di dinding. Radzi terkedu.

Akhirnya setelah Jalil pulih dan Rohana sembuh dari rasa kecewa itu, Jalil menceritakan keadaan sebenar. Rohana sekeluarga gembira kerana Jalil bersedia untuk dipulihkan melalui rawatan psikiatri.

Leave a Comment