Telefilem Cikgu Bidan Di TV3

Saksikan semula telefilem Cikgu Bidan yang akan bersiaran pada 22 November 2025, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan terbitan SRS Production Sdn. Bhd. Diarahkan oleh Malek Rahman dengan penulisan skrip daripada Rosmadewi

Tayangan Asal : 2014
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 22 November 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM
Skrip : Rosmadewi
Pengarah : Malek Rahman
Produksi : SRS Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Amyra Rosli, Aeril Zafril, Fauzi Nawawi, Erry Putra, Kisma Johar, Lisdawaty, Delmawaty, Rozie Othman dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Amyra Rosli sebagai Cikgu Anis
  • Aeril Zafril sebagai Irwan
  • Fauzi Nawawi sebagai Cikgu Roslan
  • Erry Putra sebagai Hamdan
  • Kisma Johar sebagai Mariam
  • Lisdawaty sebagai Cikgu Shida
  • Delmawaty sebagai Salmah
  • Rozie Othman sebagai Pn. Hamimah

Sinopsis Telefilem Cikgu Bidan

Telefilem cikgu bidan mengisahkan tentang Cikgu Anis, seorang guru yang disukai ramai kerana sikapnya yang baik dan mesra.

Namun, rasa cemburu Cikgu Roslan membuatkan dia menyebarkan khabar angin bahawa Anis menjalankan perniagaan bidan secara rahsia.

Fitnah itu menyebabkan kekecohan, dan Anis terpaksa berdepan salah faham sambil berusaha membersihkan namanya.