Telefilem Cucu Atuk Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Cucu Atuk yang akan menemui penonton semula pada 17 Ogos 2024, hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Zamri Zakaria, nukilan skrip daripada Qaseh Farina dan Mufid Suhaimi serta diterbitkan oleh syarikat produksi Orangestree Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 17 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm
Penulis Skrip : Qaseh Farina dan Mufid Suhaimi
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

cucu atuk

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Jalil Hamid, Danish Hazriq, Tasha Shila, Amar Asyraf, Mubarak Majid, Taib Zamannuri, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ariff Aziz, Khairil Anwar, Noony Nadirah dan ramai lagi.

  • Jalil Hamid sebagai Pak Zubir
  • Danish Hazriq sebagai Aiman
  • Lisdawati sebagai Juwita
  • Fauzi Nawawi sebagai Zaim

Sinopsis Telefilem Cucu Atuk

Telefilem Cucu Atuk mengisahkan tentang kehidupan Aiman yang dijaga oleh atuknya, Pak Zubir apabila dia menjadi yatim piatu apabila kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan.

Bapa Aiman seorang usahawan berjaya dan telah mewasiatkan harta yang banyak kepada Aiman. Pak Ngah dan Mak Ngahnya berniat jahat untuk membolot harta tersebut.

Advertisements

Niat mereka didorong apabila Juwita meminjam wang daripada Ah Long dan gagal melunaskan pinjaman.

Aiman dibawa secara terpaksa dari kampung ke rumah Zaim dan Juwita di bandar. Di sana Aiman dilayan secara kasar, tidak dihantar belajar ke sekolah, malah disuruh membuat kerja-kerja rumah. Lebih teruk apabila Aiman sering dipukul oleh Juwita.

Leave a Comment