Telefilem Rahsia Malam Jumaat Di TV3

Rasanya dah lama tak ada cerita seram pada malam hujung minggu kan. Kali ini kembali semula iaitu menerusi telefilem Rahsia Malam Jumaat.

Sebuah telefilem seram komedi yang akan disiarkan menerusi slot Cereka Ahad di TV3 dengan menampilkan Janna Nick, Elfira Loy dan Azlee Khairi antara teraju utama.

Sinopsis Telefilem Rahsia Malam Jumaat

Telefilem Rahsia Malam Jumaat mengisahkan tentang dua beradik iaitu Hana dan Nani yang pulang ke kampung untuk melawat ibu dan adik mereka. Ketika mereka pulang ini, sedang kecoh tentang isu pembunuh bersiri yang berlaku dalam kampung mereka.

Pada suatu malam ketika Hani dan Nani pulang dari menonton konsert, mereka terserempak dengan pakcik yang terkapai-kapai tanggannya meminta bantuan dalam sebuah lubang di tepi jalan. Tetapi mereka nampak seakan mayat apabila paktik itu terus kaku.

Disebabkan kejadian tersebut, mereka tidak menceritakan kepada sesiapapun. Kemudian mereka pulang semula ke  Kuala Lumpur. Tapi sejak peristiwa tersebut, mereka sering diganggu oleh lembaga lelaki berbaju putih.

Bila sering diganggu, Hana dan Nani dah tak tahan lagi dan cuba menyiasat. Berjaya mereka menyiasat dan apakah rahsia pada malam Jumaat?

Advertisements
rahsia malam jumaat

Barisan Pelakon dan Watak

Selain daripada Janna, Elfira dan Azlee, telefilem Rahsia Malam Jumaat ini juga menampilkan lakonan daripada Zila Bakarin, Danish Hazriq, Kamarool Hj. Yusof, Ramli Salleh, Shiyrim Husni, Nor Azlin, Nani Jamu dan ramai lagi.

  • Janna Nick sebagai Hana
  • Elfira Loy sebagai Hani
  • Azlee Khairi sebagai Muaz
  • Zila Bakarin sebagai Naemah
  • Danish Hazriq sebagai Ejoi
  • Kamarool Hj. Yusof sebagai Pak Nadim
  • Ramli Salleh sebagai Karim

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Kyoll Hamzah, nukilan skrip daripada Marziah Manaf dan diterbitkan oleh produksi Orangetree Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Rahsia Malam Jumaat yang akan menemui penonton pada 9 Jun 2024, hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment