Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Demi Mira yang akan ditayangkan semula pada 13 Disember 2025, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara striming di RTM Klik.
BACA JUGA : Senarai Telefilem Yang Pernah Disiarkan Di Slot Panggung RTM
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan Al Kahfi Pictures. Diarahkan oleh Mior Hashim Manap dengan nukilan skrip daripada Maizura Hj. Ederis.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 13 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 9.00 PM
Skrip : Maizura Hj. Ederis
Pengarah : Mior Hashim Manap
Produksi : Al Kahfi Pictures.

Barisan Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Riz Amin, Ika Nabila, Jay Iswazir, Chekem Mirza dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Riz Amin sebagai Sulaiman
- Ika Nabila sebagai Mira
Sinopsis Telefilem Demi Mira
Telefilem Demi Mira mengisahkan tentang seorang isteri yang berdepan pelbagai ujian selepas suaminya disabitkan bersalah terlibat dalam kegiatan jenayah. Walaupun hati terluka, dia tetap tabah menyokong suaminya sepanjang tempoh hukuman.
Sulaiman, yang sedang berusaha mencari rezeki, menerima tawaran kerja daripada Joe di sebuah bengkel kereta. Mira berasa lega dan bersyukur kerana pekerjaan itu dapat menampung persekolahan anak mereka, Anis.
Tanpa sedar, tugas membawa beberapa kenderaan yang diberikan kepada Sulaiman sebenarnya melibatkan kereta curi untuk sindiket tertentu. Setelah mengetahui kebenaran, dia cuba melepaskan diri daripada pekerjaan tersebut namun sukar mencari sumber pendapatan lain.
Tidak lama kemudian, kegiatan haram itu terbongkar dan Sulaiman ditahan pihak berkuasa. Dia dijatuhi hukuman penjara, manakala Mira memilih untuk pulang ke kampung bagi memulakan hidup baharu.
Di kampung, Mira membantu ibunya dengan menjual kuih, sementara Anis semakin merindui ayahnya dan berharap dapat berjumpa semula suatu hari nanti.
Namun, ketua sindiket mengeluarkan arahan supaya Sulaiman dibunuh bagi menutup segala rahsia. Apakah yang bakal terjadi kepada Sulaiman dan keluarganya?





