Telefilem Dosa Perempuan Di TV9

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Dosa Perempuan yang akan menemui penonton semula pada 1 Julai 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara striming di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Murali Abdullah, nukilan skrip daripada Syed Taufik Al Attas dan diterbitkan oleh syarikat Zeel Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 1 Julai 2024 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : Syed Taufik Al Attas
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

dosa perempuan

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Dosa Perempuan seperti Redza Rosli, Nad Zainail, Mira Filzah, Aidit Noh, Adik Dura Mitilda, Hairi Safwan, PU Riz, Fizi Amer dan ramai lagi.

  • Redza Rosli sebagai Nik Haikal
  • Nad Zainail sebagai Suraya
  • Mira Filzah sebagai Tasha
  • Aidit Noh sebagai Daud
  • Adik Dura Mitilda sebatai Aimi
  • Hairi Safwan sebagai Azali
  • PU Riz sebagai Osman

Sinopsis Telefilem Dosa Perempuan

Telefilem Dosa Perempuan mengisahkan tentang Nik yang baru sahaja menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud dituduh bersalah membunuh dengan niat.

Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan menerima hukuman gantung sampai mati. Kes pembunuhan Daud terhadap rakannya sendiri, Azali menerima kutukan daripada masyarakat.

Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan pekerjaan. Suraya dan anak mereka, Aimi menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah Suraya berkenalan dengan Tasha di sebuah pasaraya.

Advertisements
dosa perempuan

Nik mula rasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan keluarganya. Aimi memberitahu yang dia tidak sukakan Tasha kerana Tasha agak pelik. Pada masa yang sama, Daud masih lagi mendiamkan diri dan tidak mahu membantu siasatan polis.

Baginya, sekiranya pihak polis mahu jawapan sebenar, Daud boleh meminta pihak polis untuk membawa kekasihnya sebagai saksi. Pihak polis mula membuat pencarian tentang kekasih Daud.

Siapakah pembunuh Azali yang sebenar?

Leave a Comment