Telefilem Kakak Di TV3

Saksikan semula telefilem Kakak yang akan menemui penonton pada 16 Januari 2026, hari Jumaat, jam 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3. Selain itu, penonton juga boleh strim di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2012 ini merupakan arahan Faisal Ishak, nukilan skrip daripada Umie Isa dan diterbitkan oleh produksi Filem Karya Nusa Sdn. Bhd.

Tayangan Asal :
Bersiaran : Slot Wayang TV3
Tarikh : 16 Januari 2026
Masa : 1.00 PM
Penulis Skrip : Umie Isa
Pengarah : Faisal Ishak
Produksi : Filem Karya Nusa Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam tefilem Kakak seperti Yana Samsudin, Eyka Farhana, Beto Kusyairy, Norlia Ghani, Hafreez Adam, Lynda Bangs dan ramai lagi.

  • Yana Samsudin sebagai Lily
  • Eyka Farhana sebagai Yanti
  • Beto Kusyairy sebagai Hisyam
  • Norlia Ghani sebagai Tok Lijah
  • Hafreez Adam sebagai Cikgu Ammar
  • Lynda Bangs sebagai Ainaa

Sinopsis Telefilem Kakak

Telefilem Kakak mengisahkan tentang perjalanan hidup Yanti yang diuji sejak usia kecil apabila ibunya meninggal dunia akibat barah payudara ketika dia baru berumur lima tahun.

Advertisements

Selepas pemergian ibu, Yanti hanya bergantung pada kasih sayang ayahnya serta kakaknya, Lily. Namun kebahagiaan itu tidak bertahan lama apabila hampir setahun kemudian, ayah mereka ditahan polis.

Yanti hanya mengetahui bahawa ayahnya telah melakukan sesuatu terhadap Lily, tetapi pada usia yang masih mentah, dia tidak mampu memahami perkara sebenar yang berlaku.

Sejak peristiwa itu, Yanti dan Lily tinggal bersama nenek mereka, Tok Lijah. Kejadian tersebut meninggalkan kesan mendalam dalam diri Yanti, sehingga dia mula menjauhkan diri daripada Lily kerana menganggap kakaknya itu sebagai punca ayah mereka ditangkap.