Telefilem Kayuhan Kasih Ayah Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Kayuhan Kasih Ayah yang akan menemui penonton semula pada 2 September 2024, hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Idora Abdul Rahman, nukilan skrip daripada Jo Sidek dan diterbitkan oleh syarikat produksi Aniq Communication Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 2 September 2024 (Isnin)
Masa : 8.30 pm
Penulis Skrip : Jo Sidek
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Aniq Communication Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqisyh Sumundur Khan, Rafael El Arash, Muhammad Firdaus Ghufran, Azza Elite, Liza Othman, Roslan Salleh, Ieka Zulkiflie dan ramai lagi.

  • Aman Graseka sebagai Yatim
  • Azri Iskandar sebagai Iskandar
  • Balqisyh Sumundur Khan sebagai Ibu Rizqy
  • Rafael El Arash sebagai Rizqy
  • Muhammad Firdaus Ghufran sebagai Danial

Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah

Telefilem Kayuhan Kasih Ayah mengisahkan tentang Yatim iaitu seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga.

Suatu hari, Yatim terlihat perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim. Sejak itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja dengan lebih keras.

Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi.

Advertisements

Iskandar melarang perbuatan Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain.

Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu.

Bagi Yaim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka. Adakah Iskandar akan insaf?

Leave a Comment