Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Kesempatan Kedua yang akan menemui penonton kembali pada 17 Januari 2025. Bersiaran pada hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 dan secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Raja Ahmad Alauddin, nukilan skrip daripada Azlina Pa’wan dan diterbitkan oleh produksi Country & Universal Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 17 Januari 2026
Masa : 2.00 PM
Penulis Skrip : Azlina Pa’wan
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon & Watak
Antara nama-nama yang membarisi telefilem Kesempatan Kedua seperti Kaka Azraff, Izzue Islam, Hafeez Mikail, Liza Abdullah, Esma Daniel, Idris Md. Diah, Rosnah Johari, Yasmin Nur Zawany dan ramai lagi.
- Kaka Azraff sebagai Myra
- Izzue Islam sebagai Sani
- Hafeez Mikail sebagai Taufik
- Liza Abdullah sebagai Mak Som
- Esma Daniel sebagai Pak Amin
Sinopsis Telefilem Kesempatan Kedua
Telefilem Kesempatan Kedua mengisahkan tentang kepulangan Myra ke rumah selepas cuti semester yang mengejutkan Pak Amin dan Mak Som apabila melihat perubahan penampilannya yang kini berhijab dan berjubah.
Tanpa disedari oleh mereka, perubahan itu sebenarnya menjadi helah Myra untuk menyembunyikan kehamilannya yang semakin ketara. Myra telah terlanjur bersama Sani, rakan sekuliahnya, namun kandungan tersebut dirahsiakan daripada Sani kerana dia bimbang akan ditinggalkan.
Segala bebanan yang ditanggung hanya diketahui oleh Taufik, sahabat baik Myra di kolej. Taufik yang berperwatakan lembut diam-diam menyimpan perasaan terhadap Myra dan sentiasa berada di sisinya.
Sani pula mula berasa pelik dengan perubahan Myra, malah malu dengan penampilan baharunya kerana bimbang menjejaskan imej dirinya.
Pak Amin dan Mak Som akhirnya terkejut dan terdiam apabila mengetahui Myra mengandung anak luar nikah.
Menyangka dirinya bakal disingkirkan keluarga, Myra bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dengan sokongan Taufik. Kehadiran Taufik yang datang untuk membawa Myra pulang menjadi satu kejutan besar buat Pak Amin dan Mak Som.





