Telefilem Lemang Emak Rendang Ibu Di TV Okey

Sempena Aidilfitri, RTM bawakan telefilem khas berjudul Lemang Emak Rendang Ibu. Akan menemui penonton pada 21 Mac 2026 (1 Syawal), hari Sabtu, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV Okey dan secara online di RTM Klik.

Telefilem ini merupakan terbitan Dark White Creative Solution, diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan idea dan penulis skrip daripada Datuk Razlan.

Bersiaran : TV Okey
Tarikh : 21 Mac 2026 (Sabtu) – 1 Syawal
Masa : 9.30 Malam
Penulis Skrip : Datuk Razlan
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Dark White Creative Solution

Lemang Emak Rendang Ibu

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Nad Zainal, Aidil Aziz, Hawra Jamalullail, Khatijah Tan, Aida Khalid, Amanda Misbun, Kilafairy, Nazia Mustafar, Anas Ridzuan, Qisya Hairulzain dan ramai lagi.

Advertisements
  • Nad Zainal sebgai Sabrina
  • Aidil Aziz sebagai Hafiz
  • Khatijah Tan sebagai Ibu
  • Aida Khalid sebagai Emak
  • Hawra Jamalullail sebagai Hawra
  • Qisya Hairulzain sebagai Hanum
Pelakon Lemang Emak Rendang Ibu

Sinopsis Telefilem Lemang Emak Rendang Ibu

Telefilem Lemang Emak Rendang Ibu mengisahkan tentang kehidupan Hafiz, seorang jurutera & Sabrina, pengusaha kek dan pastri, bersama anak-anak mereka Hanum dan Hawra diuji apabila kesibukan kerja dan perbezaan pendapat tentang lokasi beraya menimbulkan konflik keluarga.

Keegoan masing-masing membuatkan mereka hampir menyambut Aidilfitri tanpa keluarga tersayang. Namun tanpa mereka sedari, Hanum & Hawra merancang sesuatu yang menyatukan kembali keluarga mereka.

Raya kali ini akhirnya menjadi yang paling bermakna dan sempurna buat mereka semua.