Table Of Content
Malam Raya anda akan disajikan dengan telefilem baru berjudul Malam Tiga Syukur yang akan bersiaran pada 20 Mac 2026, hari Jumaat, pukul 9.00 malam menerusi saluran RTM di TV1 dan secara online di RTM Klik.
BACA JUGA : Senarai Telefilem Khas Tayangan Sempena Aidilfitri 2026
Telefilem khas raya ini merupakan terbitan Unit RTM TV RTM sendiri, arahan Epo Jenon dengan nukilan skrip daripada Roydy Rokidy
Tayangan : TV1
Tarikh : 20 Mac 2026 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Roydy Rokidy
Pengarah : Epo Jenon
Produksi : Unit Drama TV RTM

Pelakon & Watak
Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem Malam Tiga Syukur ini seperti Jay Iswazir, Azwan Kombus, Hafidzuddin, Sahronizam Noor, Dato’ Hilal Azman, Wan Hanafi Su, Dato’ Jalaluddin Hassan, Man Anizan dan Eliza Sharifuddin.
Selain itu, terdapat juga penampilkan daripada Fazlina Ahmad Daud, Mak Wan, Darren Zariff, Wan Rania Humaira, Baqir Jamalullai, Ali Jamalulillai dan ramai lagi.
- Jay Iswazir sebagai Syukur
- Siti Eliza Sharifuddin sebagai Saleha
- Sahronizam Noor sebagai Yassin
- Azwan Kombus sebagai Ramdan
- Hafidzuddin sebagai Mubarak
- Darren Zariff sebagai Iman
- Wan Rania Humaira sebagai Cahaya
Sinopsis Malam Tiga Syukur
Telefilem Malam Tiga Syukur mengisahkan tentang Syukor selalu merasa tidak cukup dan tidak bersyukur dalam kehidupannya, mengabaikan isteri dan dua anaknya kerana mengejar sesuatu yang belum pasti menjadi rezekinya.
Dia selalu merasa cemburu dengan kehidupan orang sekeliling, dan merasakan bahawa kehidupan orang lain yang dilihatnya pada mata kasar itu lebih bahagia dari kehidupannya sendiri.
Sifat Qana’ah yakni merasa cukup itu tak pernah dia percaya, sehingga dia mempertikaikan takdir Tuhan mengapa hidupnya tak bahagia dan sering merasa tidak cukup.
Kun fayakun (sepertimana dalam surah Yassin ayat 82), pada malam tujuh likur ketika masing-masing selesai solat terawih, Syukor diberikan ‘peluang istimewa’ untuk hidup dalam badan tiga lelaki yang berbeza di kampungnya iaitu dalam badan Mubarak, Yassin dan Ramdan.
Hidup sebagai Mubarak, Syukor menjadi seorang ayah tunggal yang terpaksa bekerja siang dan malam demi menyara anak-anak yang ramai tanpa isteri. Hidup sebagai Yassin, Syukor menjadi seorang suami yang sakit, tapi dijaga dengan baik oleh isteri dan anak-anaknya. Hidup sebagai Ramdan, Syukor menjadi anak yang sangat taat dan patuh pada ibu yang demensia.

Syukor menyaksikan pula bagaimana ketiga-tiga lelaki lain itu secara bergilir mengambil tempat dirinya yang lama dan hidup bahagia di samping Saleha, Iman dan Cahaya.
Ketika inilah Syukor merasakan bahawa hidupnya sebelum ini lebih beruntung berbanding tiga kawannya yang lain, dan dia mula berasa cemburu apabila orang lain yang menjadi ‘Syukor’ boleh hidup bahagia.
Syukor mula merasa menyesal dan cuba untuk kembali pada tubuhnya yang lama, namun dia gagal walaupun pelbagai cara dia lakukan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan itu. Namun masih adakah kesempatan untuk Syukur?





