Telefilem Mentari Di TV3

Saksikan semula telefilem Mentari yang akan bersiaran pada 6 Disember 2025, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau bole juga strim secara online di Tonton.

Telefilem pada asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Diarahkan oleh Rashid Sibir dengan hasil nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 6 Disember 2025 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

telefilem mentari

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telefilem Mentari ini seperti Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Dato Adi Putra, Sofea Ibrahim, Shyrim, Salsabila, Sazlizam dan ramai lagi.

  • Zahirah Macwilson sebagai Mentari
  • Datuk Rosyam Nor sebagai Dato’ Ikmal
  • Syafiq Kyle sebagai Firash
  • Dato Adi Putra sebagai Khalid

Sinopsis Telefilem Mentari

Telefilem Mentari mengisahkan tentang Mentari yang ingin berkahwin dengan Firash selepas meluahkan hasratnya tersebut kepada ayahnya, Dato’ Ikmal.

Namun begitu ayahnya sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri.

Advertisements

Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya.

Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu.

Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid. Dato Ikmal hampir tidak mahu dengar ingatan ibunya, mujur dia secara kebetulan bertemu Khalid, pencuci masjid yang menyimpan telefonnya yang tertinggal.

Dari situ terungkai asal usul Mentari, walaupun Mentari merajuk meninggalkan Dato Ikmal, tetapi Mentari seorang yang sangat memahami.