Telefilem Pelangi Yang Hilang Di TV3

Hujung minggu ini penonton akan disajikan dengan sebuah telefilem berjudul Pelangi Yang Hilang yang akan bersiaran menerusi slot Cereka Ahad di TV3.

Seperti yang diumumkan oleh penulis skrip Shida Zali, telefilem ini diinspirasikan daripada kisah benar yang meragut seorang anak kecil.

pelangi yang hilang

Sinopsis Pelangi Yang Hilang

Telefilem Pelangi Yang Hilang ini mengisahkan mengenai Cikgu Lutfi yang amat mementingkan disiplin serta baharu sahaja ditugaskan ke sebuah sekolah.

Cikgu Lutfi runsing dengan Hadi, yang selalu ponteng dan datang lewat ke sekolah, walaupun telah beberapa kali didenda atas kesalahannya.

Kerana kasihkan anak muridnya, Hadi, Cikgu Lutfi menjaga kebajikan Hadi dan adiknya Insyirah yang kematian ibu.

Tetapi konflik timbul bila ibu saudara mereka pulang untuk mengambil wang peninggalan arwah ibu kedua-dua beradik itu, selain turut mendera mereka.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Nabila Huda, Luqman Junaidi, Danish Hazriq, Asheeqa Maleeyka dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Luman Junaidi sebagai Cikgu Lutfi
  • Danish Hazriq sebagai Hadi
  • Asheeqa Maleeyka sebagai Insyirah

Pengarah & Produki

Telefilem ini merupakan arahan Zul Huzaimy, penulisan skrip daripada Shida Zali dan diterbitkan oleh syarikat produksi Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Pelangi Yang Hilang pada 24 Mac 2024, hari Ahad, pukul 10.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 24 Mac 2024 (Ahad)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Shida Zali
Pengarah : Zul Huzaimy
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Leave a Comment