Telefilem Sesaat Bahagiaku Di TV9

Jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Sesaat Bahagiaku yang akan menemui penonton pada 12 Julai 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara striming di Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan Shuhaimi Lua, nukilan skrip daripada Rozie Rashid dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 12 Julai 2024 (Jumaat)
Waktu : 8.30 malam
Skrip : Rozie Rashid
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

sesaat bahagiaku

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Sesaat Bahagiaku ini seperti Redza Rosli, Emma Maembong, Ashraf Jamaludin, Laila Nasir, Shasha Raman, Didie Alias, Burhanudin ramai lagi.

  • Redza Rosli sebagai Ryzal
  • Emma Maembong sebagai Zila
  • Ashraf Jamaludin sebagai Romi
  • Laila Nasir sebagai Mariani
  • Shasha Raman sebagai Zaitun
  • Didie Alias sebagia Salbiah
  • Burhanudin sebagai Kyle
  • Muhamad Qqrizh sebagai Baby

Sinopsis Telefilem Sesaat Bahagiaku

Telefilem Sesaat Bahagiaku mengisahkan tentang hubungan Ishak dan Zila mula retak setelah hampir 10 tahun berumah tangga. Ishak tertekan apabila emaknya sering bercakap bukan-bukan mengenai isterinya yang gagal memberi zuriat.

Puas mereka berusaha melalui cara moden dan tradisional, namun tetap tidak berjaya. Namun rezeki allah tiba-tiba datang, Zila disahkan mengandung dan hubungan mereka bertaut semula.

Tiba saat untuk melahirkan anak, sekali lagi mereka diduga apabila kereta mereka rosak dan terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan teksi. Kebetulan rakan sekerja Ishak, Romi juga sedang menghadapi masalah, apabila bayi yang baru dilahirkan isterinya, mengalami masalah organ dalaman.

Romi buntu mencari penderma organ sehingga mereka sesat dan berlaku pertengkaran antara Romi dan Ishak.

Advertisements

Zila dan Ishak begitu gembira dengan kelahiran bayi mereka, namun kegembiraan itu hanya sementara kerana bayi yang dilahirkan tidak mampu hidup lama kerana mengalami masalah demam panas dan tidak dapat diselamatkan.

Ishak buntu dan ketika itu Romi datang memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat Ishak. Zila tidak dapat menerima hakikat kehilangan anaknya sehingga dia mengalami kemurungan.

Ishak membawa Zila bertemu dengan anak Romi & Zaitun, Zila kembali ceria dan menganggap seperti anaknya sendiri. Mereka juga berjanji akan menganggap Zila sebagai ibu kedua anak mereka.

Leave a Comment