Telemovie Maulidur Rasul Datang Lagi Di TV3

Sempena sambutan Maulidur Rasul, TV3 bawakan kembali telefilem khas berjudul Maulidur Rasul Datang Lagi yang akan menemui penonton pada 14 September 2024, Sabtu, jam 2.00 petang di slot Cereka Pilihan di TV3 dan online Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2021 ini merupaakn arahan Khairul Rizam, nukilan skrip daripada Sofia J. Rhyland dan diterbitkan oleh syarikat produksi Anomali Media.

Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Masa : 2.00 petang
Tarikh : 14 September 2024 (Sabtu)
Skrip : Sofia J. Rhyland
Pengarah : Khairul Rizam
Produksi : Anomali Media

Pelakon & Watak

Berikut merupakan pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nafiz Muaz, Eyka Farhana, Aleza Shadan, Razak Ahmad, Erul Samah, Bidin Al Zaifa, Ropie, Johan As’ari dan ramai lagi.

  • Nafiz Muaz sebagai Adam
  • Eyka Farhana sebagai Felora
  • Aleza Shadan sebagai Mama
  • Razak Ahmad sebagai Papa
  • Erul Samah sebagai Epit
  • Bidin Al Zaifa sebagai Nopal
  • Ropie sebagao Abang Pico
  • Johan As’ari sebagai Thaqib

Sinopsis Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi

Telemovie Maulidur Rasul Datang Lagi mengisahkan tentang seorang lelaki berumur 22 tahun bernama Adam yang ingin berubah dari seorang gangster kepada seorang yang baik.

Perubahan Adam berlaku apabila dia berjumpa Felora yang membantunya ketika teruk dibelasah oleh sekumpulan gangster.

Advertisements

Felora mengajak Adam untuk memasuki pertandingan nasyid anjurannya. Rakan-rakan gangster Adam mentertawakannya kerana menganggap gangster tak boleh bernasyid.

Mereka terkejut apabila Adam memberitahu mereka pertandingan itu menjanjikan hadiah wang tunai. Adam pula mulai menyedari cara kehidupannya yang salah dan cuba berubah.

Pelbagai cabaran dihadapi oleh Adam. Bagaimanakah kesudahan Adam dan rakan-rakan gangsternya?

Leave a Comment